Kisah Kejayaan

16 December 2016 | Kisah Kejayaan

Nama saya Raner Giswa  berumur  34 tahun. Berkerja sebagai Pekerja am rendah Jabatan Haiwan. Juga Pengurusi Belia Kg. wonod. Pusat internet 1 malaysia telah banyak memberi pendedahan kepada saya tentang manfaat-manfaat ICT. Pada mulanya saya belum lancar dalam menggunakan  internet. Tetapi sekarang  saya sudah dapat mengetahui pelbagai laman web yang berguna dan berfaedah untuk pengetahuan harian saya di samping memudahkan saya dalam penggurusan persatuan belia di kampung saya seperti pendaftarn ahli dalam persatuan belia dan banyak lagi.

 

Saya rasa ini adalah satu pencapai yang amat saya banggakan kerana selama ini saya hanya mendengar tentang internet tetapi sekarang saya sendiri sedang menggunakannya sendiri dan saya akan terus mengikuti kelas – kelas ICT pada masa akan datang untuk meningkatkan lagi pengetahuan tentang ICT.

 

Saya dapat memperbaiki hidup saya dengan pengetahuan tentang penggunaan internet dimana saya tidak lagi ketinggalan dalam mengetahui tetang apa itu internet kerana saya dapat mencari maklumat, hiburan dan semua perkara yang saya inginkan ada di internet. Dimana saya hanya perlu “google” untuk semua yang saya perlukan. Apa yang pasti saya tidak lagi seperti “katak dibawah tempurung”. Dalam usia yang sudah lanjut saya rasa masih banyak perlu saya pelajari untuk memperbaiki lagi kehidupan di masa akan datang.

 

Pandangan pertama saya terhadap Pi1M ialah satu tempat seperti pusat yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk mempelajari penggunaan computer dan internet. Ini adalah maklumat yang saya perolehi daripada penggunakan yang memberitahu mengenai Pi1M.

 

                Tarikan utama untuk saya datang menggunakan kemudahan di PI1M ialah kerana keselesaan yang lain daripada pusat siber dan juga harga yang sangat murah jika dibandingkan dengan pusat siber yang ada di Pekan Beluran. Kelajuan internet juga memainkan peranan yang penting bagi saya menggunakan kemudahan di PI1M.

 

Pi1M dapat membantu individu seperti saya yang dulunya tidak mempunyai asas menggunakan internet tetapi sekarang saya dapat menggunakan internet setelah mengikuti kelas-kelas ICT yang percuma,Pada masa akan datang saya akan mengikuti  Bengkel IT dan Program KDB untuk menambahkan lagi pengetahuan saya. Dengan adanya aktiviti-aktiviti ini dapat memberikan manafaat yang besar kepada individu yang telah menyertai semua aktivi yang disebut dan dapat membantu individu mencapai kejayaan berkaitan dengan penggunaan internet.

Cadangan saya jika boleh saya ingin Pi1M Kg.wonod meyediakan tempat riadah d luar Pi1M untuk memudahkn para pengguna untuk bersantai sambil menggunakan perkhidmatan KTW.