Mengenai Pusat Internet

Maklumat
Pusat Internet Kg. Bambangan
Pusat Internet Kg Bambangan adalah satu
inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara
Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat
(PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat
luar bandar dengan masyarakat bandar.
Objektif penubuhan Pusat Internet Kg Bambangan ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT
terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian
internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet juga dilaksanakn
sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan
menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.
Perkhidmatan lain yang
disediakan:
ü
Menaip
ü Kelas Komputer / ICT (Percuma Untuk Ahli)
ü Alat Tulis & Kertas
ü Kursus Komputer Sijil USM
Maklumat Komuniti Kg Bambangan Membakut
Kg.Bambangan, Membakut adalah sebuah perkampungan yang jauh di pedalaman,dan amat sukar untuk dikunjungi oleh orang luar disebabkan oleh perhubungan pada ketika itu hanya melalui sungai, Kg.Bambangan ini wujud sejak zaman penjajahan British lagi, Pada ketika itu, Kampung Bambangan ini di kenali sebagai Kg.Ulu Membakut. Pada asalnya, Kg.Bambangan ini di diami penduduk suku Dusun / Kadazan, apabila kedatangan PAK MUSA pada tahun 40 an beserta rombongan beliau dari Sandakan, kemudian beliau memilih penempatan di Ulu Membakut untuk membuka perkampungan ini, Seterusnya memberi nama Kampung Bambangan yang di ambil sempena sepohon pokok bambangan yang besar di Kg. Kuala Angitan dan sehingga ke hari ini Ulu Membakut di kenali sebagai Kampung Bambangan, Pada tahun 1963, maka barulah Kampung Bambangan ini dapat di lalui dengan jalan tanah merah yang dibina oleh sebuah syarikat pembalakan,
Dari segi ekonomi pada waktu dahulu, penduduk Kampung Bambangan hanya bergantung kepada penangkapan ikan air sungai, bertani padi
bukit huma, penanaman ubi kayu dan sumber hutan seperti rotan dan
salang(damar), Kehebatan Pak Musa menentang penjajah terutama Jepun pada ketika
itu tidak di nafikan lagi, Sehingga kini beliau tetap di anggap oleh penduduk
kampung ini sebagai wira dan pahlawan menentang penjajah, Dan bagi mengingati
perjuangan beliau, nama beliau di abadikan di Dewan Pak Musa di daerah Beaufort. Setelah
mengalami proses kepimpinan dari tahun 70 an dengan silih berganti pemimpin di Kampung Bambangan di ikuti oleh pemimpin pertama sebagai JKKK Kampung Bambangan
OKK Udin Amat Tua di ikuti oleh Liman Amat Tua, Uto Amat Muda, Asni Amat
Muda, Hussain Orog dan kini Tuan Jimi bin Orog.
Maklumat
PI & Komuniti Kg Bambangan Membakut
Lokasi |
Kg Bambangan Membakut |
UST Area |
Membakut |
Daerah |
Membakut |
Negeri |
Sabah |
Populasi |
499 orang |
Aktiviti Ekonomi
Utama |
Pertanian
(Getah, Durian, Lada dan Kelapa Sawit), Perniagaan kecil-kecilan (Kedai Runcit, Kedai Gunting, Kedai Kek & Warung Makan) & Perternakan Ikan |
Jumlah Keahlian (setakat 17hb September 2020) |
591 Ahli |
Lat/Long PI |
5.406347, 115.834765 |
Teknologi | Celcom Timur |
Permberi
Perkhidmatan |
Celcom
Axiata Berhad |
Tarikh Bermula
Beroperasi |
02hb December 2013 |
Maklumat Pengurusan
PI
|
Pengurus Name: Salma Binti Kamis Email: salma@celcom1cbc.com No
Telefon:01133822196
Penolong Pengurus Nama : Siti Nor Azam Binti Adam Email: norazam@celcom1cbc.com No
Telefon:0143944692 |
Website |
|
Kampung Tanpa Wayar |
1. KTW Kg Nawaliu ( 12 Meter ) 2. PI1M Kg Bambangan ( 20 Meter ) 3. KTW Kg Bambangan Tengah ( 12 Meter ) |