Maklumat Tempatan

Maklumat Komuniti Kg Bambangan Membakut

Kg.Bambangan Membakut adalah sebuah perkampungan yang jauh di pedalaman,dan amat sukar untuk dikunjungi oleh orang luar disebabkan oleh perhubungan pada ketika itu hanya melalui Sungai,Kg.Bambangan ini wujud sejak zaman penjajahan British lagi. Pada ketika itu, Kampung Bambangan ini di kenali sebagai Kg.Ulu Membakut dan didiami penduduk suku Dusun/ Kadazan. Apabila kedatangan PAK MUSA pada tahun 40-an beserta rombongan beliau dari Sandakan,dan beliau memilih penempatan di Ulu Membakut untuk membuka perkampungan ini,seterusnya memberi nama Kampung Bambangan yang diambil sempena sepohon pokok bambangan yang besar di Kg. Kuala Angitan. Sehingga ke hari ini, Ulu Membakut dikenali sebagai Kampung Bambangan. Pada tahun 1963, barulah Kampung Bambangan ini dapat di lalui melalui jalan tanah merah yang dibina oleh sebuah syarikat pembalakan. Dari segi ekonomi pada waktu dahulu, penduduk kampung bambangan hanya bergantung kepada penangkapan ikan air sungai,bertani padi bukit huma,penanaman ubi kayu dan sumber hutan seperti rotan dan salang(damar),kehibatan pak musa menantang penjajah terutama jepun pada ketika itu tidak di nafikan lagi,sehingga kini beliau tatap di anggap oleh penduduk kampung ini sebagai wira dan pahlawan menantang penjajah,dan bagi mengingati perjuangan beliau,nama beliau di abadikan di dewan pak musa di beaufort. Setalah mengalami proses kepimpinan dari tahun 70 an dengan silih berganti pemimpin di Kampung Bambangan di ikuti oleh pemimpin pertama sebagai JKKK Kampung Bambangan OKK Udin Amat Tua di ikuti oleh Liman Amat Tua,Uto Amat Muda,Asni Amat Muda,Hussain Orog Dan kini Jimi Bin Orog,Pembangunan Kampung Bambangan tidak jauh ketinggalan dari kampung-kampung dalam Daerah Membakut. Semua kemudahan asas telah dapat diadakan dan pada tahun 2007 kerajaan telah membina sebuah jalan berturap yang menghubungkan Kampung Bambangan dengan Membakut. Ini telah melonjakkan lagi ekonomi Kampung Bambangan kerana banyak syarikat dari luar yang berminat membuka tanah di kawasaan Kampung Bambangan ini. Sehingga kini, Kampung Bambangan telah membangun dari semua segi, terutama sekali pertanian. Dengan adanya kemasukan agensi kerajaan seperti LIGS, LGM, RISDA, JABATAN PERTANIAN, PERIKANAN DAN KEMAS maka Kampung Bambangan semakin berkembang. Perkembangan ini berikutan perkambangan penduduk,yang dulunya penduduk berhijrah ke bandar dan pada masa kini mereka mula balik ke Kampung Bambangan .Selain itu, Kampung Bambangan ini juga mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai salah sebuah pusat pelancongan kerana faktor geografi dan masih lagi dikelilingi dengan hutan semulajadi yang terdapat di Ulu Membakut(TBC)Taman Banjaran Crocker,di samping terdapat Air Terjun 7 Tingkat dan Air Terjun Pak Musa yang terletak di Kampung Bambangan ini.

Maklumat PI & Komuniti Kg Bambangan Membakut

Lokasi

Kg Bambangan Membakut 

UST Area

 Membakut

Daerah

 Membakut

Negeri

Sabah

Populasi

 499 Orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Getah), Perniagaan kecil-kecilan & Perternakan Ikan 

Jumlah Keahlian

(setakat 17 Mei 2019)

568 Orang Ahli

Lat/Long PI1M

 5.475, 115.801

Teknologi

 Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

 02hb December 2013

Maklumat Pengurusan PI

 

Pengurus

Name: Salma Binti Kamis

Email: salma@celcom1cbc.com

No Telefon:01133822196

 

Penolong Pengurus

Nama :Siti Nor Azam Binti Adam

Email: norazam@celcom1cbc.com

No Telefon:0143944692

Website

https://www.celcom1cbc.com/kg.-bambangan

Kampung Tanpa Wayar

1.   KTW Kg Nawaliu ( 12 Meter )

2.  PI Kg Bambangan ( 20 Meter )

3.  KTW Kg Bambangan Tengah ( 12 Meter )

 


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.