Berita & Aktiviti Terkini

Sambutan Ma'al hijrah 1439 H Peringkat Kg. Lohan

21 September 2017 | Berita Terkini

Pada 21 september 2017 bersamaan hari (khamis) yang lepas satu majlis Sambutan Maal Hijrah (Tahun Baru Islam) 1439H telah dilaksanakan bertempat di Masjid Al-Kauthar Kg. Lohan. Perjalanan majlis adalah seperti berikut:  Agenda Majlis *Majlis bacaan tahlil dan doa akhir tahun (selepas asar) *Majlis bacaan surah yassin ,doa selamat dan doa awal tahun (selepas magrib) *Solat Isyak berjemaah *Majlis jamuan makan Majlis ini telah diketuai oleh Ustaz Hajidi Sawin (Imam Rawatib Masjid Al-Kauthar Lohan) majlis bacaan yassin dan doa awal tahun selepas solat magrib. Selesai majlis bacaan yassin masuk waktu solat isyak , solat berjemaah diteruskan dan majlis berakhir dengan... read more

Puzzle Challenge Online

16 September 2017 | Berita Terkini

Pada 16 September 2017 yang lepas, sempena hari terbuka Pi1M Kg. Lohan, Pi1M telah mengadakan pertandingan Puzzle Challenge Online. Pertandinga terbuka kepada golongan dewasa dan 10 orang terawal mendaftar untuk pertandingan ini. Menerusi laman web " jigsawplanet.com" peserta telah diberikan cabaran satu set puzzle yang terdiri daripda 120 keping pecahan gambar. Peserta perlu menyusun puzzle tersebut, peserta terpantas dinobatkan sebagai pemenang. Pertandingan ini bermula pada jam 9:30 pagi dan telah berakhir pada jam10:00pagi. Program seperti ini akan diteruskan bagi meningkatkan minat komuniti untuk menyertai latihan ICT secara percuma di Pi1M. Keputusan pertandingan adalah seperti... read more

Mobile Legend Competition

16 September 2017 | Berita Terkini

Pada 16 September 2017 (Sabtu) yang lepas Pi1M Kg. Lohan telah mengadakan satu pertandingan Mobile Legend sempena hari terbuka Pi1M Kg. Lohan bertemakan Hari Malaysia. Pertandingan ini terbuka kepada semua yang berminat untuk mengikuti pertandingan ini. Pertandingan Mobile Legend mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dikalangan remaja, sebanyak 12 kumpulan yang mendaftarkan nama untuk mengikuti pertandingan ini. 1 kumpulan terdiri daripada 5 orang peserta dan setiap kumpulan akan cabut undi untuk menetukan siapa yang akan menentang kumpulan mereka. Selesai cabut undi , pertandingan dimulakan tepat jam 8:30 pagi 2 kumpulan serentak dipertemukan... read more

Majlis Kesyukuran Hari Raya Korban

03 September 2017 | Berita Terkini

Pada 3 September 2017 (Ahad) yang lepas, bersamaan dengan Raya Haji Ke-3, sebuah Majlis Kesyukuran  Hari Raya Korban, telah dijalankan bertempat di  Masjid Al-Kauthar Lohan. Majlis bermula pada jam 8.00pagi dengan aktiviti sembelihan 2 ekor Kerbau sebagai binatang korban yang telah disumbangkan oleh rombongan Maahad Tahfiz Puncak Alam Selangor. Selesai sahaja penyembelihan binatang korban, aktiviti melapah dan menimbang daging korban dijalankan untuk proses pengagihan daging korban kepada golongan pakir miskin. Aktiviti kemuncak pada jam 8 malam, selepas sahaja menunaikan solat fardhu isyak majlis diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa selamat. Diakhiri dengan jamuan makan-makan yang telah... read more

Sambutan Hari Raya Aidil Adha

01 September 2017 | Berita Terkini

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Raya Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Badan... read more

Pertandingan Mengeja Bahasa Inggeris

27 August 2017 | Berita Terkini

Bersempena dengan aktiviti Santai Bersama Belia Lohan yang dijalankan pada 27 Ogos 2017 (Ahad) di Pi1M Kg.Lohan. Pertandingan Mengeja Bahasa Inggeris telah dijalankan dan penyertaan adalah terbuka kepada semua. Aktiviti ini adalah untuk menguji penguasaan bahasa inggeris para peserta dimana penganjur akan menyediakan beberapa ayat Bahasa Inggeris untuk ditulis para peserta. Penganjur akan membacakan ayat Bahasa Inggeris sebanyak 3 kali dan peserta akan menulis ayat yang didengar. Pemenang akan dipilih berdasarkan penulisan yang paling banyak betul. Keputusan pemenang seperti berikut: Tempat pertama : Mohd Raif Tempat Kedua : Wehanida Tempat Ketiga : Balqis Tahinah kepada para pemenang. ... read more

Merdeka Puzzle Challenge Dewasa

27 August 2017 | Berita Terkini

Pada 27 Ogos 2017 bersamaan dengan hari Ahad satu aktiviti santai yang dinamakan Merdeka Puzzle Challenge telah diadakan sempena menyambut hari kemerdekaan. Aktiviti bersama belia ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Seramai 8 orang peserta telah menyahut cabaran ini, terdiri daripada 6 orang peserta lelaki dan 2 orang peserta perempuan. Dengan pautan http://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=1e030ace6f61 peserta dikehendaki untuk menyiapkan puzzle merdeka ini dengan seberapa pantas kerana peserta yang paling cepat menyiapkan puzzle tersebut dikira sebagai pemenang untuk pertandingan ini. Sebanyak 100 pecahan puzzle sebagai cabaran para peserta untuk disiapkan dalam pertandingan. Pertandingan berakhir dengan keputusan seperti berikut... read more

Spicy Ramen Challenge

27 August 2017 | Berita Terkini

Spicy Ramen Challenge telah berlangsung pada 27 Ogos 2017 bersamaan dengan hari Ahad. Aktiviti bersama belia ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Seramai 5 orang peserta telah menyahut cabaran ini, terdiri daripada 3 orang peserta lelaki dan 2 orang peserta perempuan. Penganjur telah mengariskan beberapa peraturan dalam cabaran menghabiskan Mee Ramen yang pedas tersebut. Antaranya, peserta hendaklah menghabiskan Mee Ramen dengan cepat serta bersih tanpa sebarang sisa dan tidak boleh menggunakan sudu/garpu, kerana penganjur sudah menyediakan batang lidi untuk digunakan sebagai penyudip mee tersebut sebagai satu cabaran untuk peserta. Sebaik sahaja penganjur memulakan aktiviti tersebut,... read more

La Tansa Cafe

24 August 2017 | Profil Usahawan Tempatan

La Tansa Cafe menyediakan menu masakan tempatan yang menyelerakan dengan harga yang berpatutan. Lokasi terletak ditepi Jalan Lohan Bongkud, Kampung Lohan Ulu iaitu laluan ke Poring Hot Spring dan 8 km daripada Pekan Ranau. Layanan terbaik dan memuaskan, dengan ruang makan yang selesa dan bersih. ... read more

Tadika Pra-Tahfiz Al-Amin Ranau.

17 August 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Tadika ABS Tahfiz Al-Amin Ranau👒 📌Kg. Lohan Ulu, Ranau 📍Pendaftaran 2018📍 🚪Kini Dibuka🚪 ✏ 4,5,6 Tahun Daftar sebelum 1 November 2017 Anda layak menikmati 👇👇👇👇👇👇👇 💰Diskaun 50% 💰Jimat Sehingga RM500++ 💰Kelas Percubaan PERCUMA 💠Mengapa Anda WAJIB memilih untuk mendaftar di Tadika Tahfiz AL AMIN? 💠Apa ISTIMEWANYA kami? 💠Apa yang anak ANDA akan pelajari di Tadika kami? Kami menawarkan NILAI Budaya Melayu Tinggi & Teknik Nabi 🔆 Modul Inovatif 🔆 Kelab ARAF  Little Ibnu Sina Huffaz Cilik Khabar Gembira Program lain : 📚 Siri Cepat Membaca  💡 3 Langkah Mudah Hafal Juz Amma  🎯 Sukan Sunnah Memanah 🐎🐎 Untuk pendaftaran mudah SMS/WhatsApp taip > Nama Anak < Umur > hantar < ke 0128424534 atau 0168170427 Sekarang❗ ➰ Maklumat lanjut ➰ 📱Hubungi Cikpuan Dhira 0128424534 (WhatsApp Sahaja) Atau 🏃🏻 Datang ke Pejabat... read more

lagi berita & aktiviti