Kuiz Kemerdekaan(Hari Malaysia)

27 September 2016 |

Pada 27 September 2016 bersamaan hari Selasa, Kiuz Kemerdekaan (Hari Malaysia) telah diadakan di PI1M KPOKU,Kimanis. Aktiviti ini bagi memberi peluang kepada semua ahli untuk terlibat dengan kuiz yang menguji minda mereka,disamping memberi mereka ilmu dan pengetahuan tentang hari Malaysia ataupun hari pembentukan Malaysia.

Aktiviti ini melibatkan komuniti PI1M KPOKU yang terdiri daripada pengunjung PI1M yang ahli sahaja. Kuiz dibuat di dalam PI1M KPOKU untuk mereka melakukan aktiviti Kuiz. Aktiviti diakhiri dengan penyampaian hadiah dan dibuat oleh staf PI1M KPOKU kepada ahli yang berjaya menjawab dengan baik.Aktiviti ini dijalankan dari pagi hingga petang dengan memberi peluang pada ahli untuk menjawab kuiz dengan penyertaan yang lebih ramai.

Semoga dengan terlaksananya aktiviti ini, dapat membantu ahli untuk membantu meningkatkan semangat kemerdekaan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia.