Pertandingan Menaip Dengan Pantas

25 October 2016 |

Pada 25 Oktober 2016 bersamaan hari Selasa, Pertandingan Menaip Dengan Pantas telah diadakan di PI1M KPOKU,Kimanis. Aktiviti ini bagi memberi peluang kepada semua ahli PI1M KPOKU untuk terlibat.

Aktiviti ini melibatkan komuniti PI1M KPOKU yang terdiri daripada semua ahli PI1M KPOKU yang hadir. Aktiviti ini dijalankan pada Hari Terbuka PI1M KPOKU yang dijalankan dari pagi hingga tengah hari.

Semoga dengan terlaksananya aktiviti ini, dapat meningkatkan tahap kecekapan para ahli untuk menaip dengan lebih baik apabila menggunakan komputer.