Pertandingan Mewarna Sempena Cuti Sekolah (Kelas PKK)

30 November 2016 |

Pada 24th November 2016 bersamaan hari Khamis, Pertandingan Mewarna bagi kelas penjagaan kanak-kanak (PKK) telah diadakan di PI1M KLPOKU, Kimanis. Aktiviti ini di laksanakan bagi memberi peluang kepada golongan istimewa bagi membantu proses pembelajaran mereka.

Akitiviti ini melibatkan komuniti PI1M Klpoku yang terdiri daripada Guru dan pelatih kelas penjagaan kanak-kanak Klpoku. Aktiviti ini berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang yg disampaikan oleh staff PI1M Klpoku dan Guru Kelas Penjagaan Kanak-kanak.

Semoga dengan terlaksananya aktiviti seperti ini dapat membantu golongan istimewa ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pembelajaran proses pergaulan sosial mereka. Justeru PI1M dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang perlunya keprihatinan dan bimbingan kepada golongan istimewa ini agar tidak terpinggir dari masyarakat.