Pertandingan Meneka Buah-Buahan dan Anggota Badan (Kelas PKK)

30 November 2016 |

Pada 24th November 2016 bersamaan hari khamis, Pertandingan Meneka Buah-Buahan dan Anggota Badan bagi kelas Penjagaan Kanak-kanak (PKK) Kpoku telah diadakaan di P1IM Kpoku, Kimanis. Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberi membantu proses pembelajaran golongan istimewa ini dengan menggunakan teknologi terkini.

Aktiviti ini melibatkan komuniti PI1M Kpoku yang terdiri daripada Guru dan Pelatih Kelas Penjagaan Kanak-kanak Kpoku. Pertandingan ini diakhiri dengan penyampaian hadiah yang disampaikan oleh staff PI1M Kpoku dan Guru Kelas (PKK).

Semoga aktiviti seperti ini dapat membantu golongan istimewa dalam pembelajaran mereka dengan mengguna kemudahan tekonolgi dan internet yang disediakan di PI1M Kpoku. Justeru itu memberi peluang kepada mereka agar tidak terpinggir dengan tekologi terkini, seterusnya mendapat pendedahan dan bimbingan daripada masyarakat luar.