Mengenai PI1M


Maklumat PI1M KPOKU Kimanis Papar

 

Pusat Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

 

Perkhidmatan lain yang disediakan:

ü  Menaip

ü  Kelas Computer / Ict (Percuma Untuk Ahli)

ü  Sewa Bilik Latihan

ü  Peminjaman netbook

 

  

Maklumat Komuniti PI1M KPOKU Kimanis Papar

 

Pusat Internet 1 Malaysia KPOKU atau lebih dikenali Pi1M KPOKU mula beroperasi pada 2 Januari 2014. Pi1M KPOKU terletak di km 36, Jalan Papar-Beaufort, Kimanis, Papar. Pusat internet ini dibina di dalam kawasan Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya(KPOKU) Kimanis, Papar iaitu sebuah Institusi di bawah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am(JPKA) Sabah.

 

Pengwujudan Pusat Internet di KPOKU adalah merupakan kesinambungan daripada Pusat Jalurlebar Komuniti(PJK) iaitu sebuah makmal komputer di Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya(KPOKU) Kimanis, yang mana ia merupakan projek usahasama di antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM), Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri(JPKN) Sabah, Perpustakaan Negeri Sabah, Celcom dan Celcom Timur.

 

Pelancaran Makmal Komputer Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya(KPOKU) yang juga dikenali Pusat Jalurlebar Komuniti(PJK) ini telah diadakan pada tanggal 23 Jun 2008 bersempena dengan Perasmian Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia 2008 Peringkat Negeri Sabah yang telah diadakan di Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya(KPOKU) Kimanis. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Hjh Azizah bt. Datuk Seri Panglima Mohd Dun iaitu Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna pada ketika itu. Pelancaran makmal komputer di KPOKU Kimanis adalah sebagai menyahut seruan tema sambutan hari telekomunikasi dan masyarakat bermaklumat sedunia 2008 iaitu, "Menghubungkan Orang Kurang Upaya: Peluang ICT untuk Semua" atau "Connecting Persons with Disabilities: ICT Opportunities for All".

 

Makmal komputer di KPOKU dilengkapi dengan 12 buah komputer(PC), 1 buah laptop, wireless adapter, 2 pencetak dan 1 pengimbas, sumbangan (inisiatif) daripada SKMM dan Celcom. Manakala akses kepada perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar atas gentian optik fiber dengan kelajuan sehingga 2 MBps, disumbangkan oleh TM dan Celcom Timur. Pengwujudan makmal komputer ini menjadikan Kursus Komputer sebagai salah satu kursus vokasional yang ditawarkan kepada pelatih KPOKU selain daripada kursus jahitan, pendawaian elektrik, perabot rotan, perabot kayu dan kimpalan. Makmal komputer ini telah menjadi pusat bagi warga KPOKU yang terdiri daripada pelatih dan kakitangan KPOKU untuk menimba ilmu berkenaan ICT yang mana pada sebelah pagi makmal komputer ini dikhaskan untuk pelatih Kursus Komputer dan pada sebelah petang pula ia dikhaskan untuk pelatih bukan kelas komputer dan kakitangan KPOKU.

 

Pada tahun 2008 juga KPOKU Kimanis telah dijadikan sebagai sekolah angkat SKMM oleh Ybhg Dato’ Seri Dr Halim Safie yang merupakan Pengerusi SKMM pada ketika itu.


 

Maklumat PI1M & Komuniti KPOKU Kimanis Papar

 

Lokasi

Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis, WDT 82, 89600 Papar, Sabah.

UST Area

Kimanis

Daerah

Papar

Negeri

Sabah

Populasi

783(KPOKU dan Kg Sinar Baru Kimanis)

Aktiviti Ekonomi Utama

Kakitangan kerajaan, bekerja sendiri, Petani Dan Lain-lain

Jumlah Keahlian

(setakat 10 Ogos 2016)

189

Lat/Long PI1M

5.599570, 115.894187

Teknologi

Hub & Spoke using Fibre and Wireless bridge

Permberi Perkhidmatan

Celcom

Tarikh Bermula Beroperasi

2 Januari 2014

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Azlee Bin Okee

Email: azlee@celcom1cbc.com

No Telefon: 019-8604019

 

Penolong Pengurus

Nama: Siti Hawa Binti Karmin

Email: sitihawa@celcom1cbc.com

No Telefon: 012-8903103 

Website

http://www.celcom1cbc.com/kimanis

Kampung Tanpa Wayar

1.     Kg. Lubang Batu(12m KTW Pole)

2.     Kg. Lubang Batu(Zone 2)(12m KTW Pole)

3.     Kg. Mandahan Hujung(12m KTW Pole)

4.     Kg. Sri Mandahan(12m KTW Pole)

5.     KPOKU(Zone 2)(12m KTW pole)

6.     PI1M KPOKU(20m CBC Tower)