Ekonomi dan Keusahawanan

1.USAHAWAN
Peniaga Gerai Makan dan Restoran
Sekitar Kimanis terdapat tidak kurang 6 gerai makan dan restoran antaranya ialah Gerai Soto Kg Sinar Baru,Restoran Anak Mami,Restoran Seri Mandahan,Restoran Ambang Sore dan macam-macam lagi. Kesemua gerai-gerai dan restoran-restoran ini mejoriti dimiliki oleh peniaga tempatan sekitar kawasan ini. Terdapat juga peniaga yang menjual kuih muih dan sarapan dengan hanya menggunakan khemah dan juga pondok-pondok di tepi-tepi jalan sepanjang Jalan Raya Kimanis

Penjual Ikan Bilis dan Buah Tembikai
Kimanis sangat sinonim dengan ikan bilis dan juga buah tembikai,dengan harga yang murah dan berkualiti menjadikan ikan bilis dan buah tembikai sangat popular di kalangan pelancong dan masyarakat luar. Terdapat tidak kurang 10 gerai-gerai menjual ikan bilis dan buah tembikai yang terdapat di sepanjang jalan kawasan Kimanis. Mejoriti peniaga adalah di kalangan penduduk tempatan.

Kedai Runcit dan Kedai Serbaneka
Kimanis tidak mempunyai Supermarket atau Gedung Membeli belah tetapi terdapat lambakkan kedai-kedai runcit yang menjual pelbagai keperluan  asas penduduk. 

2. Agensi Kerajaan

Antara agensi-agensi kerajaan yang ada di kawasan KPOKU,Kimanis ialah Jabatan Perhutanan Negeri Sabah, JPJ, Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah,Kementerian Pendidikan(SMK Bongawan 2,Smk A Limauan dan Sekolah-sekolah Rendah) ,Taman-taman Sabah,Pusat Serenti dan Rumah Merah

3. PELANCONGAN

Resort dan Rumah Penginapan
Antara resort yang ada di kawasan kimanis ialah Manis-manis resort. Mampu memuatkan tidak kurang 50 pelancong dan pengunjung yang datang ke Manis-manis resort. Menjanjikan pemandangan yang indah dengan berlatar belakangkan Banjaran Crocker pastinya memuaskan hati mereka-mereka yang inginkan suasana kehijauan dan udara yang segar. Selain itu terdapat juga rumah-rumah penginapan yang terletak di kawasan kimanis. Kesemua kemudahan ini boleh diperolehi di sepanjang jalan Kimanis ke Keningau.
Pusat Riadah dan Perkhemahan
Antara pusat riadah dan perkhemahan ialah Sungai Tagal Kinosolodan yang merupakan salah satu inisiatif penduduk untuk mewujudkan pusat riadah dan perkhemahan berbayar kepada pelancong dan pengunjur luar, dengan mengekalkan kehijauan di sepanjang sungai, aktiviti penjagaan ikan juga dijalankan untuk memastikan pengunjung atau pelancong dapat merasai dan menikmati air sungai yang jernih dan persekitaran yang segar. Antara aktiviti yang menjadi tumpuan ialah terapi ikan dimana pengunjung dan pelancong boleh menikmati terapi gigitan ikan-ikan kelah dan ikan-ikan lain yang ada di dalam sungai ini

4 SEKTOR SWASTA

Sabah Oil And Gas Terminal
Sabah Oil And Gas Terminal merupakan sebuah tempat yang diusahakan oleh Petronas untuk proses cari gali minyak mentah di Sabah. Tempat ini memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat di kawasan Kimanis malah menjadi tumpuan rakyat negeri ini untuk mendapatkan pekerjaan kerana gaji dan inisiatif yang tinggi.

Perkilangan
Kawasan Kimanis juga mempunyai banyak kilang-kilang dan kebanyakkannya adalah kilang kayu yang memproses papan dan lain-lain.selain itu, terdapat juga kilang-kilang simen dan besi yang terdapat di kawasan ini

PROFIL USAHAWAN 1

NAMA              : Abdul Aziz Bin Jaafar
UMUR              : 17 Tahun
PRODUK          : Perabot berasaskan rotan
NO TELEFON  : 01308767671
ALAMAT          : Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis,
                           WDT 82, 89600 Papar, Sabah.

PROFIL USAHAWAN 2

NAMA              : Ihzaty Binti Nilus
UMUR              : 21 Tahun
PRODUK         : Jahitan (Baju Kurung, Blouse, Seluar, Gaun Budak & Skirt)
NO TELEFON  : 011031647483
ALAMAT          :
Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis,
                           WDT 82, 89600 Papar, Sabah.
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.