Kemudahan Awam

SMK Bongawan 2
Merupakan sekolah menengah bagi kemudahan penduduk kawasan Kimanis,terletak lebih kurang 50KM dari Kota Kinabalu. merupakan satu-satunya sekolah menengah yang ada di kawasan Kimanis

KPOKU,Kimanis
Merupakan sekolah vokasional bagi golongan orang kurang upaya, ini merupakan satu-satunya sekolah vokasional khas untuk orang kurang upaya di negeri Sabah. Terdapat lebih kurang 50 pelajar yang terdapat di KPOKU

Laluan Bus Keningau/Sepitang/Lawas/Menumbuk
Kimanis merupakan laluan bus dari pelbagai arah,oleh itu sangat mudah untuk mendapatkan kemudahan penggangkutan bus kerana bus-bus ini akan mengambil penumpang di sepanjang jalan Kimanis.

Stesen Keretapi,Kimanis
Merupakan salah satu penggangkutan awam yang sangat ramai pengguna kerana kos pengangkutan yang murah serta lokasi perhentian yang strategik seperti Papar,Kinarut dan Putatan. Terletak di Pekan Kimanis dan merupakan kawasan tumpuan penduduk.

Masjid Azizurahman, Kimanis
Merupakan sebuah Masjid yang terletak ditengah-tengah kawasan Kimanis. Mempunyai kemudahan seperti kelas kafa dan lain-lain yang ada sekitar Masjid tersebut. Sangat selesa untuk masyarakat beribadah dan mampu memuatkan lebih kurang 300 Orang Jemaah.

Balai Polis Papar
Terletak lebih kurang 30km dari PI1M KPOKU Kimanis. Balai Polis Papar terletak ditengah bandar Papar.

Balai Bomba Papar
Terletak lebih kurang 30km dari PI1M KPOKU Kimanis. Balai Bomba Papar terletak berhampiran dengan pusat bandar Papar. Balai Bomba Kimanis sedang dalam proses untuk dibangunkan berhampiran Pejabat Hutan Daerah Beaufort,Kimanis.

Hospital Papar 
Terletak lebih kurang 29km dari PI1M KPOKU Kimanis. Hospital Papar terletak berhampiran pusat bandar Papar. Menjadi Hospital terpenting untuk masyarakat sekitar Daerah Papar.
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.