Pelancongan & Rekreasi

Gerai menjual ikan bilis
Terletak di sepanjang jalan antara Kimanis ke Papar. Kebanyakkan peniaga merupakan masyarakat berbangsa Bugis dan Brunei. Mereka mendapatkan sumber ikan bilis itu dari masyarakat di kawasan kimanis

Taman Banjaran Crocker
Terletak lebih kurang 70 KM dari Kota Kinabalu. Merupakan kawasan berbukit dan sesuai untuk lokasi percutian. Merupakan kawasan yang diselia oleh Taman-taman Sabah.

Manis-manis Resort
Terletak lebih kurang 55 KM dari Kota Kinabalu. Merupakan salah satu pusat pelancongan yang ada di Kimanis. Lokasinya terletak antara perjalanan Keningau ke Kimanis.

Sungai Tagal Kinosolodan,Kimanis
Terletak lebih kurang 57 KM dari Kota Kinabalu, merupakan pusat rekriasi yang diusahakan oleh masyarakat di kawasan itu. Sesuai untuk aktiviti riadah seperti mandi manda dan perkhemahan. Lokasi terletak antara perjalanan Keningau ke Kimanis

Sabah Oil And Gas Terminal(SOGT)
Terletak lebih kurang 50 KM dari Kota Kinabalu, merupakan pusat pencarian dan pengalian minyak dan gas asli negeri Sabah. Menjadi tumpuan masyarakat kerana peluang pekerjaan yang banyak dan juga lubuk perniagaan bagi peniaga kecil-kecilan kerana kapasiti penduduk yang ramai
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.