Pendidikan

KPOKU,Kimanis
merupakan tempat letaknya pusat pendidikan dan Vokasional bagi anak-anak yang kurang upaya iaitu Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya dimana sekolah Vokasional khas untuk orang kurang upaya ini merupakan satu-satunya yang ada di Negeri Sabah. Ia terletak lebih kurang 53 KM dari Kota Kinabalu. 
SMK Bongawan 2
SMK Bongawan 2 juga letaknya di kawasan Kimanis ini bagi memberi peluang kepada pelajar untuk bersekolah di sini. ini merupakan satu-satunya sekolah menengah yang ada sekitar kimanis. Terletak hanya bersebelahan dengan jalan besar Kota Kinabalu ke Beaufort.
SMK AGAMA Limauan,Kimanis
di kawasan Kimanis juga letaknya Sekolah Menengah Agama Limau-limauan iaitu sekolah agama berasrama penuh bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dalam bidang agama.http://www.sabah.edu.my/sma.limauan/laman_utama.htm. Ia terletak dekat dengan Pekan Kimanis. 
SK Pekan Kimanis
Merupakan sekolah rendah yang terletak berhampiran dengan Pekan Kimanis. Selain sekolah rendah ini terdapat lagi sekolah rendah yang lain yang terletak di sekitar kawasan kimanis seperti Sekolah Rendah Kg Belatik dan Sekolah Rendah Kg Mandahan.
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.