Berita & Aktiviti Terkini

Bengkel Menganyam Siling Pakaian Tradisional

10 January 2017 | Berita Terkini

Satu bengkel menganyam siling baju tradisional (Day 1) telah berlangsung pada: Tarikh : 10 januari 2017 Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari Tempat : Bilik ICT, Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kopimpinan, Penampang Peserta : Suri rumah & usahawan sekitar   Bengkel hari ini menyaksikan seramai enam (6) orang peserta dengan seorang tenaga pengajar yang juga merupakan komuniti sekitar Pi1M yang telah mengendalikan bengkel ini. Bengkel ini bertujuan untuk memberi kemahiran serta pendedahan kepada peserta tentang anyaman siling baju pada pakaian tradisional suku kaum Kadazan Dusun. Setiap etnik dalam kaum Kadazan Dusun ini mempunyai keunikan pakaian... read more

Kepelbagaian Jenis Makanan Puan Cecilia Joan

29 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Cecilia Joan Nicholas merupakan seorang suri rumah yang kini menetap di Kg. Diompong Terawi, Penampang bersama ahli keluarga. Asalnya beliau bekerja sebagai seorang kerani akaun di salah sebuah syarikat di daerah Penampang, namun begitu mengambil keputusan melepaskan jawatan kerana ingin menjaga tiga orang anak kecil disebabkan kesukaran mendapatkan penjaga. Dengan itu, bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat dan ingin membantu keadaan ekonomi keluarga, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan ini bersama dengan ahli keluarga beliau.   Beliau bersama dengan ahli keluarga menjalankan perniagaan di tepi jalan utama Jln... read more

Ulang Tahun Ke-4 & Krismas Pi1M 2016

20 December 2016 | Berita Terkini

Program Ulang Tahun Ke-4 & Krismas Pi1M 2016 telah berjalan dengan meriahnya pada 20 Disember 2016 (selasa) bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Program ini telah dijalankan bertempat di Pi1M Kg. Kopimpinan, Penampang. Namun begitu, setiap permainan dijalankan di Dewan Raya Kanangan, Kg. Kopimpinan kerana memerlukan kawasan yang lebih luas dan selesa. Seramai 31 orang telah menghadiri program tersebut yang mana terdiri daripada AJK Pi1M serta ahli-ahli Pi1M, kanak-kanak mahupun dewasa.  Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraihkan sokongan serta kerjasama AJK serta menghargai kesetiaan semua ahli Pi1M terhadap ketersediaan Pi1M di... read more

Kursus Sulaman Linangkit (Level II)

09 December 2016 | Berita Terkini

Kursus Menyulam Linangkit (Level II) pada hari ini, 9 Disember 2016, telah dijalankan dengan jayanya yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang. Seramai 12 orang peserta yang telah menghadiri kursus ini adalah mereka yang telah pun menghadiri kursus (Level I) pada Oktober lalu yang juga bertempat di Pi1M Kg. Kopimpinan ini, dan tenaga pengajar jemputan dari E-Desa Topokoon, Tuaran masih meneruskan khidmat ajaran beliau kepada komuniti yang berminat mempelajari sulaman ini.   Linangkit merupakan salah satu motif bersulam yang mendominasi pakaian tradisional Dusun Lotud. Linangkit secara keseluruhannya... read more

Kraftangan Kaitan Pn.Yong Jia Ling

01 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Profil keusahawanan Pi1M Kg. Kopimpinan pada kali ini menampilkan seorang wanita yakni suri rumah yang berasal dari Mentakab, Pahang, yang pernah menetap di Johor Bahru, malahan pernah bekerja di Singapura. Pada tahun 2013, beliau serta tiga orang anak perempuan kemudiannya berpindah dan menetap di Kg. Kopimpinan, Penampang, Sabah, kerana mengikut suami berpindah balik ke negeri asal dan bekerja disini. Beliau yang dimaksudkan adalah puan Yong Jia Ling. Sebagai seorang suri rumah serta keinginan untuk mendapatkan pendapatan sendiri, beliau membuat kraftangan kaitan serta beberapa jenis klip rambut (gambar dibawah) yang dijual secara... read more

Perniagaan Makanan & Minuman Pn.Sylvia Simon

01 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

  Puan Sylvia Simon seorang suri rumah yang berasal dari Kg. Pomotodon, Tambunan, kini menetap di Kg. Digot Tulangis, Penampang bersama ahli keluarga. Memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat dan ingin memperbaiki factor ekonomi keluarga, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sedemikian dengan persetujuan bersama keluarga.   Beliau bersama dengan ahli keluarga menjalankan perniagaan di tepi jalan utama Jln Putatan Ramayah. Kedudukan yang boleh dikatakan strategik memudahkan para pelanggan singgah membeli di premis tersebut samada dari Putatan mahupun Penampang. Kebanyakan pelanggan beliau terdiri daripada penduduk kampung sekitar serta mereka yang sentiasa melalui... read more

Pameran Sempena Majlis Pelancaran Program Keluarga Program Pemerkasaan Keluarga Dan Komuniti FACE di

19 November 2016 | Berita Terkini

Pameran Sempena Majlis Pelancaran Program Keluarga Program Pemerkasaan Keluarga Dan Komuniti FACE di Kg.Likas. Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti atau FACE (Family and Community Empowerment) adalah satu program di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) bertujuan untuk mensejahterahkan keluarga dengan memperkasa keluarga dan komuniti. Matlamat program ini adalah membina masyarakat yang produktif dan sejahtera, mengenalpasti keperluan setempat bagi merangka program intervensi yang bersesuaian untuk meningkatkan tahap kesejahteraan keluarga dan memperkasa mekanisma sosial dalam komuniti sedia ada untuk membentuk Peneraju Keluarga atau Family Champion. FACE memberi focus kepada ahli keluarga dalam komuniti serta... read more

Pembelajaran Online Tabika Perpaduan Terawi Sesi Ke-2

24 November 2016 | Berita Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kopimpinan, Penampang mempunyai kolaborasi dengan Tabika Perpaduan Terawi, Penampang dan telah bekerjasama dalam beberapa program sebelum ini. Kini, pihak Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kopimpinan mengadakan aktiviti pembelajaran secara online bersama kanak-kanak Tabika Perpaduan Terawi ini. Kehadiran kanak-kanak Tabika diiringi oleh guru-guru dan juga ibu bapa masing-masing. Seawal jam 8.30 pagi lagi, mereka telah hadir ke Pi1M kerana perasaan teruja untuk mempelajari E-Learning tersebut. Terdapat tiga tajuk E-Learning yang telah diberikan semasa program tersebut dijalankan iaitu: i. www.abcya.com ii. www.hellokids.com iii. www.interactivesites.weebly.com   Berikut merupakan aturcara aktiviti pembelajaran online tersebut: 8.30 pagi... read more

Pembelajaran Online Kanak-kanak Tabika Perpaduan Terawi

23 November 2016 | Berita Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kopimpinan, Penampang mempunyai kolaborasi dengan Tabika Perpaduan Terawi, Penampang dan telah bekerjasama dalam beberapa program sebelum ini. Kini, pihak Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kopimpinan mengadakan aktiviti pembelajaran secara online bersama kanak-kanak Tabika Perpaduan Terawi ini. Kehadiran kanak-kanak Tabika diiringi oleh guru-guru dan juga ibu bapa masing-masing. Seawal jam 8.00 pagi lagi, mereka telah hadir ke Pi1M kerana perasaan teruja untuk mempelajari E-Learning tersebut. Terdapat tiga tajuk E-Learning yang telah diberikan semasa program tersebut dijalankan iaitu: i. www.abcya.com ii. www.hellokids.com iii. www.interactivesites.weebly.com   Berikut merupakan aturcara aktiviti pembelajaran online tersebut: 8.00 pagi... read more

Rumah Terbuka Raya Pi1M

30 July 2016 | Berita Terkini

Pada 30 julai 2016 yang lalu, Pi1M Kg. Kopimpinan telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Raya Pi1M bermula pada jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Seramai 40 orang pengunjung yang datang memeriahkan majlis tersebut. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan staff Pi1M dengan komuniti setempat dan juga ahli-ahli Pi1M. Malahan semua pihak dapat berkenalan dengan semua komuniti di sekitar Pi1M. Pelbagai hidangan telah disajaikan untuk para tetamu yang hadir. Semoga dengan adanya aktiviti sebegini dapat memperkenalkan lagi kewujudan dan peranan Pi1M kepada seluruh komuniti tanpa adanya sikap diskriminasi. ... read more

lagi berita & aktiviti