Rumah Terbuka Raya Pi1M

30 July 2016 | Berita Terkini
Pada 30 julai 2016 yang lalu, Pi1M Kg. Kopimpinan telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Raya Pi1M bermula pada jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Seramai 40 orang pengunjung yang datang memeriahkan majlis tersebut. 

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan staff Pi1M dengan komuniti setempat dan juga ahli-ahli Pi1M. Malahan semua pihak dapat berkenalan dengan semua komuniti di sekitar Pi1M. 

Pelbagai hidangan telah disajaikan untuk para tetamu yang hadir. 

Semoga dengan adanya aktiviti sebegini dapat memperkenalkan lagi kewujudan dan peranan Pi1M kepada seluruh komuniti tanpa adanya sikap diskriminasi.