Pembelajaran Online Kanak-kanak Tabika Perpaduan Terawi

23 November 2016 | Berita Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kopimpinan, Penampang mempunyai kolaborasi dengan Tabika Perpaduan Terawi, Penampang dan telah bekerjasama dalam beberapa program sebelum ini. Kini, pihak Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kopimpinan mengadakan aktiviti pembelajaran secara online bersama kanak-kanak Tabika Perpaduan Terawi ini. Kehadiran kanak-kanak Tabika diiringi oleh guru-guru dan juga ibu bapa masing-masing. Seawal jam 8.00 pagi lagi, mereka telah hadir ke Pi1M kerana perasaan teruja untuk mempelajari E-Learning tersebut. Terdapat tiga tajuk E-Learning yang telah diberikan semasa program tersebut dijalankan iaitu:

i. www.abcya.com

ii. www.hellokids.com

iii. www.interactivesites.weebly.com

 

Berikut merupakan aturcara aktiviti pembelajaran online tersebut:

8.00 pagi : Penerangan ringkas / Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) oleh pihak Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kopimpinan

8.30 pagi : Pembelajaran online bermula

10.00 pagi : berhenti rehat - jamuan ringan

11.00 pagi : Aktiviti pembelajaran tamat. Sesi bergambar bersama semua murid, ibu bapa, guru dan juga pihak Pi1M.

 

Semoga dengan aktiviti sedemikian akan mendedahkan murid-murid ini kepada pembelajaran secara online seusai umur mereka serta mendidik dan menggalakkan mereka menggunakan komputer dengan cara yang berhemah iaitu secara selamat, waspada dan bertanggungjawab.