Pameran Sempena Majlis Pelancaran Program Keluarga Program Pemerkasaan Keluarga Dan Komuniti FACE di

19 November 2016 | Berita Terkini

Pameran Sempena Majlis Pelancaran Program Keluarga Program Pemerkasaan Keluarga Dan Komuniti FACE di Kg.Likas.

Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti atau FACE (Family and Community Empowerment) adalah satu program di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) bertujuan untuk mensejahterahkan keluarga dengan memperkasa keluarga dan komuniti. Matlamat program ini adalah membina masyarakat yang produktif dan sejahtera, mengenalpasti keperluan setempat bagi merangka program intervensi yang bersesuaian untuk meningkatkan tahap kesejahteraan keluarga dan memperkasa mekanisma sosial dalam komuniti sedia ada untuk membentuk Peneraju Keluarga atau Family Champion. FACE memberi focus kepada ahli keluarga dalam komuniti serta pemimpin-pemimpin dalam komuniti untuk mensejahterahkan institusi keluarga.

                Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program berlansung. Diantaranya, pertandingan mewarna bersama keluarga, kuiz keluarga, pertandingan karaoke dan banyak lagi.

                Pihak PI1M Kg. Kopimpinan, PI1M Kg. Muhibbah dan PI1M Kg. Ketiau Duvanson telah dijemput untuk membuka booth pameran sebagai cara membantu  keluarga dan komuniti untuk lebih bijak dan berwaspada senantiasa dalam mendekati dunia siber yang kini menjadi trending dalam kehidupan seharian pengguna. Contohnya memuatnaik gambar dilaman sesawang dan memberi komen atau respon sebarang video atau gambar yang dimuatnaik daripada rakan yang lain.

                Seramai 500 orang komuniti yang hadir ke majlis tersebut. Pihak PI1M telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada komuniti setempat mahupun urus setia yang ada kerana aktiviti yang dijalankan di booth dan tawaran menerima saguhati daripada pihak PI1M atas kunjungan mesra.

                Semoga matlamat program ini tercapai dan mampu bentuk keluarga produktif, sejahtera dan berkepimpinan hingga tahun 2020 dan berterusan.