Perniagaan Makanan & Minuman Pn.Sylvia Simon

01 December 2016 | Berita Terkini

 

Puan Sylvia Simon seorang suri rumah yang berasal dari Kg. Pomotodon, Tambunan, kini menetap di Kg. Digot Tulangis, Penampang bersama ahli keluarga. Memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat dan ingin memperbaiki factor ekonomi keluarga, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sedemikian dengan persetujuan bersama keluarga.

 

Beliau bersama dengan ahli keluarga menjalankan perniagaan di tepi jalan utama Jln Putatan Ramayah. Kedudukan yang boleh dikatakan strategik memudahkan para pelanggan singgah membeli di premis tersebut samada dari Putatan mahupun Penampang. Kebanyakan pelanggan beliau terdiri daripada penduduk kampung sekitar serta mereka yang sentiasa melalui jalan tersebut menuju ke tempat tujuan masing-masing.

 

Berikut merupakan beberapa jenis makanan yang diniagakan beliau.

 

Pada mulanya beliau mempromosikan perniagaan beliau melalui “face to face” dengan para pelanggan mereka, iaitu yang datang membeli juadah sarapan di gerai tersebut. Dengan itu, pelanggan tersebut turut mempromosikan lagi usahawan ini kepada rakan-rakan mereka. Kini, apabila penggunaan smartphone serta adanya aplikasi Whatsapp, beliau dapat mempromosikan perniagaan beliau dengan lebih cepat, mudah & menjimatkan masa. Sebagai seorang ahli Pi1M Kg. Kopimpinan, beliau berpendapat dengan adanya jaringan internet serta pengetahuan ICT, semua urusan kerja mahupun perniagaan dapat diwar-warkan dengan lebih pantas & jimat. Oleh itu, sekiranya ingin menempah pelbagai jenis juadah terutamanya untuk sarapan pagi, bolehlah menghubungi usahawan ini di 014-6756750.