Kraftangan Kaitan Pn.Yong Jia Ling

01 December 2016 | Berita Terkini

Profil keusahawanan Pi1M Kg. Kopimpinan pada kali ini menampilkan seorang wanita yakni suri rumah yang berasal dari Mentakab, Pahang, yang pernah menetap di Johor Bahru, malahan pernah bekerja di Singapura. Pada tahun 2013, beliau serta tiga orang anak perempuan kemudiannya berpindah dan menetap di Kg. Kopimpinan, Penampang, Sabah, kerana mengikut suami berpindah balik ke negeri asal dan bekerja disini. Beliau yang dimaksudkan adalah puan Yong Jia Ling.

Sebagai seorang suri rumah serta keinginan untuk mendapatkan pendapatan sendiri, beliau membuat kraftangan kaitan serta beberapa jenis klip rambut (gambar dibawah) yang dijual secara online. Beliau mula berkecimpung dalam bidang kaitan ini sejak enam tahun yang lalu kerana minat serta hobi mengait crochets serta barangan yang comel khas untuk anak-anak perempuan. Selain online, samada Facebook, beliau turut mempromosikan produk kraftangan tersebut melalui rakan-rakan, jiran mahupun melalui aplikasi Whatsapp. Sekiranya terdapat pelanggan yang berminat dengan kraftangan sedemikian, boleh menghubungi puan Yong Jia Ling di 014-2014 789.

Berdasarkan cerita yang kami perolehi daripada usahawan kraftangan ini, beliau susah mempromosikan produk beliau melalui internet kerana tidak mempunyai gadget untuk melayari internet. Dengan kelebihan beliau sebagai ahli Pi1M Kg. Kopimpinan, Penampang, beliau meluangkan masa untuk mengunjungi Pi1M untuk mendapatkan maklumat serta memasukkan gambar produk sendiri yang telah dihasilkan. Mudahnya, kerana beliau mempunyai sedikit asas pengetahuan ICT yang membolehkannya mengaplikasikan kemudahan internet di kawasan kediaman beliau. Dengan adanya jaringan internet di kampung ini, maka proses promosi produk tempatan dapat dilakukan secepatnya, mudah serta menjimatkan masa & tenaga.

Penglibatan beliau di dalam komuniti Pi1M ini memudahkan beliau mengikuti sebarang aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pi1M, malahan kemudahan yang disediakan adalah amat berbaloi bagi penduduk luar bandar mendapatkan pengetahuan serta kemahiran ICT dengan mengikuti latihan ICT serta kelas keusahawanan yang diadakan sepanjang masa. Sebagai salah seorang penduduk sekitar yang sentiasa mengikuti peredaran ICT, peluang ini haruslah diambil sebaik-baiknya oleh setiap lapisan masyarakat Kg. Kopimpinan, khasnya.