Kursus Sulaman Linangkit (Level II)

09 December 2016 | Berita Terkini

Kursus Menyulam Linangkit (Level II) pada hari ini, 9 Disember 2016, telah dijalankan dengan jayanya yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang. Seramai 12 orang peserta yang telah menghadiri kursus ini adalah mereka yang telah pun menghadiri kursus (Level I) pada Oktober lalu yang juga bertempat di Pi1M Kg. Kopimpinan ini, dan tenaga pengajar jemputan dari E-Desa Topokoon, Tuaran masih meneruskan khidmat ajaran beliau kepada komuniti yang berminat mempelajari sulaman ini.

 

Linangkit merupakan salah satu motif bersulam yang mendominasi pakaian tradisional Dusun Lotud. Linangkit secara keseluruhannya mencerminkan peranannya dalam pemeliharaan kebudayaan Lotud agar tidak hilang ditelan zaman. Masyarakat Lotud juga memanfaatkan persatuan kebudayaan ini supaya amalan adat mereka sentiasa terjaga agar tidak dilupakan oleh generasi muda. Selain daripada itu, kelas menjahit dan menenun terus dimajukan di samping menghasilkan aksesori pakaian tradisional Lotud di daerah Tuaran, khasnya.

 

Semoga dengan adanya aktiviti sebegini, dapat meneruskan warisan zaman berzaman masyarakat Dusun Lotud, khasnya agar warisan pusaka dan lambang kebanggaan masyarakat ini sentiasa diamalkan.