Ulang Tahun Ke-4 & Krismas Pi1M 2016

20 December 2016 | Berita Terkini

Program Ulang Tahun Ke-4 & Krismas Pi1M 2016 telah berjalan dengan meriahnya pada 20 Disember 2016 (selasa) bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Program ini telah dijalankan bertempat di Pi1M Kg. Kopimpinan, Penampang. Namun begitu, setiap permainan dijalankan di Dewan Raya Kanangan, Kg. Kopimpinan kerana memerlukan kawasan yang lebih luas dan selesa. 

Seramai 31 orang telah menghadiri program tersebut yang mana terdiri daripada AJK Pi1M serta ahli-ahli Pi1M, kanak-kanak mahupun dewasa. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraihkan sokongan serta kerjasama AJK serta menghargai kesetiaan semua ahli Pi1M terhadap ketersediaan Pi1M di kalangan komuniti sekitar. Berikut adalah aktiviti yang telah diadakan pada pagi tadi iaitu: 

i. AJK Games - baling dadu (mempunyai 3 ahli dalam setiap pasukan) iaitu pasukan paling panjang selepas 3 set balingan dadu. 

      

ii. Family games - menyusun puzzle yang dilakukan oleh kanak-kanak, memenuhkan botol dengan air agar kepingan huruf K.D.B terjatuh daripada botol yang dilakukan oleh ibu-ibu & akhirnya peserta terpantas mendapatkan huruf K.D.B akan meneruskan aktiviti dengan menjawab kuiz di hadapan pentas. Peserta terpantas menjawab kuiz dikira sebagai pemenang. 

         

iii. Exchanging Gifts - dibahagikan kepada dua kategori iaitu kanak-kanak & dewasa. Setiap peserta yang menyediakan hadiah akan bertukar-tukar hadiah mengikut cabutan nama serta nombor hadiah. 

      

iv. Sesi memotong kek ulang tahun & krismas Pi1M 2016.

     

v. Penyampaian hadiah – bagi semua aktiviti pagi ini serta aktiviti terdahulu.

          Akhirnya, apabila semua aktiviti telah selesai, semua orang dijemput menjamu selera pagi ini. Sebelum bersurai, pihak Pi1M menyampaikan rasa terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa memeriahkan program tersebut.