Kepelbagaian Jenis Makanan Puan Cecilia Joan

29 December 2016 | Berita Terkini

Puan Cecilia Joan Nicholas merupakan seorang suri rumah yang kini menetap di Kg. Diompong Terawi, Penampang bersama ahli keluarga. Asalnya beliau bekerja sebagai seorang kerani akaun di salah sebuah syarikat di daerah Penampang, namun begitu mengambil keputusan melepaskan jawatan kerana ingin menjaga tiga orang anak kecil disebabkan kesukaran mendapatkan penjaga. Dengan itu, bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat dan ingin membantu keadaan ekonomi keluarga, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan ini bersama dengan ahli keluarga beliau.  

Beliau bersama dengan ahli keluarga menjalankan perniagaan di tepi jalan utama Jln Putatan Ramayah. Kedudukan yang boleh dikatakan strategik memudahkan para pelanggan singgah membeli di premis tersebut samada dari Putatan mahupun Penampang. Kebanyakan pelanggan beliau terdiri daripada penduduk kampung sekitar serta mereka yang sentiasa melalui jalan tersebut menuju ke tempat tujuan masing-masing.

Berikut merupakan antara beberapa jenis makanan yang diniagakan beliau:

Pada mulanya beliau mempromosikan perniagaan beliau melalui “face to face” dengan para pelanggan mereka, iaitu yang datang membeli juadah sarapan di gerai tersebut. Dengan itu, pelanggan tersebut turut mempromosikan lagi usahawan ini kepada rakan-rakan mereka. Kini, apabila penggunaan smartphone serta adanya aplikasi Whatsapp, beliau dapat mempromosikan perniagaan beliau dengan lebih cepat, mudah & menjimatkan masa. Sebagai seorang ahli Pi1M Kg. Kopimpinan, beliau berpendapat dengan adanya jaringan internet serta pengetahuan ICT, semua urusan kerja mahupun perniagaan dapat diwar-warkan dengan lebih pantas & jimat. Oleh itu, sekiranya ingin menempah pelbagai jenis juadah terutamanya untuk sarapan pagi, bolehlah menghubungi usahawan ini di 010-2337128.