Bengkel Menganyam Siling Pakaian Tradisional

10 January 2017 | Berita Terkini

Satu bengkel menganyam siling baju tradisional (Day 1) telah berlangsung pada:

Tarikh : 10 januari 2017

Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Tempat : Bilik ICT, Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kopimpinan, Penampang

Peserta : Suri rumah & usahawan sekitar

 

       

Bengkel hari ini menyaksikan seramai enam (6) orang peserta dengan seorang tenaga pengajar yang juga merupakan komuniti sekitar Pi1M yang telah mengendalikan bengkel ini. Bengkel ini bertujuan untuk memberi kemahiran serta pendedahan kepada peserta tentang anyaman siling baju pada pakaian tradisional suku kaum Kadazan Dusun. Setiap etnik dalam kaum Kadazan Dusun ini mempunyai keunikan pakaian tradisionalnya yang tersendiri. 

Siling merupakan hiasan pakaian yang mempunyai renda keemasan yang mempunyai pelbagai corak. Ianya dianyam menggunakan tangan dengan memerlukan beberapa peralatan seperti kain, benang khas untuk anyaman siling yang berwarna kuning keemasan & merah serta jarum peniti. Siling ini akan dihiaskan pada pakaian tradisional untuk memperlihatkan keunikan serta perbezaan setiap etnik. 

       

Bengkel ini memakan masa selama empat (4) jam sahaja kerana setiap peserta mempunyai kekangan masa masing-masing. Oleh itu, bengkel pada pagi ini hanya mengajar peserta bagaimana memulakan anyaman tersebut, dan bagaimana mengemaskan anyaman agar siling yang dianyam kelihatan kemas dan menarik. Walau bagaimanapun, bengkel ini akan diadakan lagi pada keesokan harinya dengan beralih ke langkah seterusnya. 

Semoga dengan adanya bengkel sebegini dapat menambah minat serta kemhiran komuniti sekitar. Pada masa sama, mereka boleh mengaplikasikan kemahiran tersebut sebagai sumber pendapatan sampingan terutama sekali zaman kini yang menghadapi kos sara hidup semakin meningkat.