Mengenai PI1M



Pengenalan:

Penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kg. Kopimpinan ini merupakan projek kerajaan dan  inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama Celcom Berhad dan NUSUARA Technologies Sdn. Bhd. Ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).


 

MATLAMAT UTAMA kerajaan menubuhkan PI1M Ini adalah untuk memastikan komuniti tempatan memperoleh capaian internet agar jurang digital antara masyarakat bandar dan luar Bandar dapat dirapatkan, selaras dengan matlamat Pelan Jalurlebar Kebangsaan. PI1M menyediakan perkhidmatan berkaitan ICT dengan memberikan lebih tumpuan kepada masyarakat luar bandar kerana capaian internet yang agak terhad dan sekaligus berfungsi sebagai sebuah pusat komuniti yang berpengetahuan melalui penyediaan kelas / latihan ICT & keusahawanan kepada komuniti di sekitarnya.

 


Profile Pi1M:

PI1M Kg. Kopimpinan ini terletak pada sempadan daerah antara Putatan dan Penampang. Ianya terdiri daripada lapan (8) buah kampung berdekatan iaitu Kg. Botung, Kg. Navahiu, Kg. Baru, Kg. Dabak, Kg. Buit Hill, Kg. Bukitas, Kg. Diompong dan juga Kg. Terawi. Anggaran penduduk yang tinggal di sekitar PI1M adalah seramai 900 orang. Antara infrastruktur yang terdapat di kawasan ini adalah empat (4) buah sekolah & tabika berdekatan, Klinik Kesihatan, pasaraya, tempat peranginan serta pelancongan dan banyak lagi kemudahan lain yang boleh diperolehi.


 

Perkhidmatan Pi1M:

Pi1M dilengkapi dengan kemudahan seperti 20 unit komputer, 3in1 (copy, print & scan machine), mesin laminate dan juga projector LCD. Ahli boleh mendapat capaian internet malahan terdapat juga skim peminjaman netbook. Keistimewaan ahli Pi1M adalah seperti boleh mengikuti latihan ICT secara percuma dan pada bila-bila masa mengikut kelapangan masa peserta (antara 9.00 am – 11.00 am & juga 2.00 pm - 4.00 pm), boleh mengikuti Latihan Asas Keusahawanan secara percuma serta mendapat kadar perkhidmatan yang berpatutan. 

 

Selain daripada itu, semua ahli adalah digalakkan untuk melayari laman microsite Pi1M di www.celcom1cbc.com/kopimpinan untuk melihat serta mengetahui semua program & aktiviti yang telah dijalankan mahupun yang akan diadakan. Mereka digalakkan mengemaskini profil mereka serta memberikan maklum balas agar isi kandungan laman tersebut dapat diperbaiki dari masa ke semasa. 


 

Maklumat Komuniti Kg. Kopimpinan

 

            Kg. Kopimpinan merupakan gabungan enam (6) buah perkampungan berjiran iaitu Kg. Navahiu I, Kg. Navahiu II, Kg. Kodundungan, Kg. Kopuian, Kg. Baru Seberang (selatan) dan Kg. Kopimpinan itu sendiri. Kg. Kopimpinan terletak sejauh 3km daripada Pekan Putatan. Sebelum ini, Kg. Kopimpinan terletak dibawah pentadbiran Daerah Penampang, kemudian apabila Daerah Kecil Putatan diwujudkan, kampung ini telah dibahagikan dan dimasukkan ke dalam pentadbiran Daerah Kecil Putatan. 

 

Komuniti Kg. Kopimpinan adalah seramai 448 orang dengan didominasi oleh penduduk Kadazan Dusun iaitu sebanyak 95% diikuti komuniti lain seperti Cina (3%), India (1.15%), Melayu (0.45%), dan lain-lain. Mereka ini terdiri daripada pesara, penjawat awam, kontraktor, peniaga, petani, pelajar dan juga kanak-kanak.

 

Maklumat Pi1M & Komuniti Kg. Kopimpinan

Lokasi

Dewan Raya Kanangan Kg. Kopimpinan, Jalan Kopimpinan Dabak, 89507 Putatan, Penampang

Daerah

Putatan, Penampang

Negeri

Sabah

Populasi

448 orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Penjawat kerajaan / swasta, bekerja sendiri / berniaga kecil-kecilan, pertanian, nelayan & kontraktor

Jumlah Keahlian (setakat Februari 2017)

1054 orang

Lat / Long Pi1M

5.8914148, 116.067

Teknologi

Hub & Spoke – Using Fiber and Wireless Bridge

Pemberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Operasi

25/11/2012

Maklumat Pengurusan Pi1M

Pengurus:

Nama : Sylvia G Linus G

Email : sylvia@celcom1cbc.com

Contact No. : 019-534 3744

 

Penolong Pengurus:

Nama : Junainah binti Juhari

Email : junainah@celcom1cbc.com

Contact No. : 011-1414 9858

Website

www.celcom1cbc.com/kopimpinan

Kampung Tanpa Wayar

1.     1. Balairaya Kg. Bukitas Tengah (12m KTW Pole)

2.     2. Kg. Sambun Buit Hill (12m KTW Pole)

3.     3. Rh. Ronny Diit (12m KTW Pole)

4.     4. SBC Monsopiad (Telco Tower)