Kemudahan Awam

1.    KEMUDAHAN AWAM


i.              KEMUDAHAN ASAS

Kemudahan asas yang telah disediakan adalah seperti jalan raya berturap, bekalan air dan elektrik disalurkan dengan cukup kepada seluruh penduduk. Antara kemudahan lain adalah rumah ibadat, institusi pendidikan, pusat tuisyen, kolej / pusat kemahiran, klinik, gelanggang futsal, kedai runcit & pasaraya, perpustakaan / pusat sumber, kemudahan perbankan, pejabat pos, dan dewan raya yang dibina untuk kemudahan penduduk. Malah, di sini turut terdapat sebuah Pusat Internet 1 Malaysia yang disediakan oleh kerajaan untuk memberi pendidikan ICT terutamanya kepada komuniti luar bandar.

Kemudahan yang disediakan oleh PI1M Kg. Kopimpinan dan adanya ruangan Mini Library banyak memberi kebaikan kepada penduduk. Dengan kadar bayaran yang rendah dan adanya latihan ICT serta latihan Asas Keushawanan secara percuma, ia turut menarik orang luar untuk menggunakan kemudahan komputer di sini.

 

ii.            KESIHATAN

Penduduk mendapatkan rawatan kesihatan di Klinik Kesihatan Putatan yang beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat, bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Selain itu, terdapat juga Klinik 1 Malaysia disediakan bagi memudahkan penduduk bandar, terutamanya luar bandar datang mendapatkan perkhidmatan kesihatan selepas waktu berkerja.

Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini adalah klinik kesihatan ibu dan anak, pesakit luar dan klinik pergigian. Kadar bayaran adalah sama seperti klinik kesihatan lain iaitu RM1.00 untuk pesakit luar dan RM15.00 bagi warga asing. Sekiranya berlaku kes-kes kritikal, pihak klinik akan merujuk kepada Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu  yang terletak lebih kurang sejauh 14km.

 

iii.           KESELAMATAN

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG

Dari segi keselamatan, secara amnya adalah di bawah jagaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK sentiasa memantau keadaan kampung bagi memastikan tiada aktiviti jenayah yang boleh mengancam keselamatan kampung. Pihak JKKK amat peka dengan segala perkara berkaitan dengan keselamatan kampung dan sentiasa memantau adalah antara cara untuk menjamin keamanan terus tercapai.

 

POLIS

Segala aduan dan kegiatan jenayah akan dilaporkan terus ke Balai Polis Putatan yang merupakan balai polis terdekat dengan Kg. Kopimpinan. Di samping itu, penduduk juga bekerjasama dengan pihak polis, JKKK dan RELA dalam menjaga keselamatan kampung untuk mengelakkan kegiatan jenayah daripada berlaku.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.