Komuniti

1.    KOMUNITI

 

Kg. Kopimpinan merupakan gabungan enam (6) buah perkampungan berjiran iaitu Kg. Navahiu I, Kg. Navahiu II, Kg. Kodundungan, Kg. Kopuian, Kg. Baru Seberang (selatan) dan Kg. Kopimpinan itu sendiri. Kg. Kopimpinan terletak sejauh 3km daripada Pekan Putatan. Sebelum ini, Kg. Kopimpinan terletak dibawah pentadbiran Daerah Penampang, kemudian apabila Daerah Kecil Putatan diwujudkan, kampung ini telah dibahagikan dan dimasukkan ke dalam pentadbiran Daerah Kecil Putatan.

 

Komuniti Kg. Kopimpinan adalah seramai 448 orang dengan didominasi oleh penduduk Kadazan Dusun iaitu sebanyak 95% diikuti komuniti lain seperti Cina (3%), India (1.15%), Melayu (0.45%), dan lain-lain. Mereka ini terdiri daripada pesara, penjawat awam, kontraktor, peniaga, petani, pelajar dan kanak-kanak.

 

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG

Dari segi keselamatan, secara amnya adalah di bawah jagaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK sentiasa memantau keadaan kampung bagi memastikan tiada aktiviti jenayah yang boleh mengancam keselamatan kampung. Pihak JKKK amat peka dengan segala perkara berkaitan dengan keselamatan kampung dan sentiasa memantau adalah antara cara untuk menjamin keamanan terus tercapai.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.