Pelancongan & Rekreasi

PELANCONGAN & REKREASI 

 

1. Perkampungan Kebudayaan Monsopiad

Perkampungan ini terbentuk kerana terdapat banyak bangunan tradisional dan merupakan sebuah muzium yang hidup, dan terletak sejauh 16km dari pusat bandar Kota Kinabalu. Di perkampungan ini, para pengunjung mesti melawat Tangkob (tempat mengumpul padi), Kotos Dii Monsopiad (Rumah Utama Monsopiad) yang dibina khas untuk memperingati keturunannya. Selain itu, turut dipamerkan adalah tembikar, mesin padi, peralatan buluh dan pakaian Bobohizan Inai Bianti (ketua adat) dan Rumah Tengkorak.

http://www.sabahtourism.com/destination/monsopiad-cultural-village

 

2. Lembah Impian Country Homes Resort

Terletak di sebuah lokasi utama di Penampang, resort ini menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan untuk tidur malam yang lena. Kemudahan rekreasi hotel termasuklah ‘massage’, spa, kolam renang luar serta taman, sila rujuk http://www.pinganchorage.com.my/malaysia_hotel/sabah_penampang_lembah_impian_country_homes_resort.htm

 

3. Tamu Donggongon (Donggongon Street Market)

Tamu Donggongon merupakan the best market in Sabah. Di sini, pengunjung akan dapat melihat hasil pertanian, kraftangan dan juga produk makanan tempatan yang djual oleh penduduk kampong sekitar pendalaman Donggongon mahupun dari luar Donggongon. Tamu ini akan berlangsung sejak petang rabu sehinggalah ke petang jumaat setiap minggu.

http://ww2.sabah.gov.my/md.ppg/

 

4. Persatuan Nelayan Kg. Kopimpinan

Pasar Nelayan Kg. Kopimpinan ini merupakan salah satu usaha dan inisiatif penduduk kampong serta Pengerusi JKKK Kg. Kopimpinan membinanya untuk memberikan peluang kepada pengusaha-pengusaha tempatan memasarkan produk tempatan mereka. Sejak pasar ini telah mula beroperasi pada pertengahan tahun ini, terdapat  aktiviti bertumpu di pasar ini. Pasar Nelayan ini dikendalikan oleh Pengerusi Persatuan Nelayan Kg. Kopimpinan, En. Roland Tony. 


5. My Futsal Club, Kg. Ulu Putatan

Terletak di jalan pintas Putatan Penampang, iaitu di Kg. Ulu Putatan. Menyediakan perkhidmatan sukan futsal kepada golongan masyarakat yang berminat dengan sukan seperti ini. Sesiapa yang berminat perlulah menghubungi My Futsal Club di 088-761145.

 

6. Lok Kawi Wildlife Park

Lok Kawi Wildlife Park terletak di sepanjang jalan lama Penampang Papar, dan dimajukan sepenuhnya oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah. Ianya sejauh kira-kira 15km daripada PI1M Kg. Kopimpinan, Penampang dan telah dibuka dengan rasminya pada 17 Februari 2007. Taman ini terbahagi kepada dua komponen iaitu zoological dan botanical ini menempatkan pelbagai haiwan dan tumbuhan eksotik yang menarik untuk dilawati. Taman ini dibuka setiap hari bermula pada jam 9.30 pagi hingga jam 5.30 petang. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi taman ini di 022-765793 / 710 / 762.

 

7. One Place Mall

One Place Mall merupakan sebuah pusat membeli belah dua tingkat dan sebuah blok hotel enam tingkat yang telah dibina di pekan Putatan. Pelbagai kedai dan fasiliti terdapat di dalam bangunan One Place Mall ini termasuklah sebuah dewan serbaguna yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengunjung.  

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.