Pendidikan

INSTITUSI PENDIDIKAN:

- terdapat beberapa buah institusi pendidikan yang boleh didapati di sekitar Pi1M Kg. Kopimpinan, iaitu seperti yang berikut: 

i.              Tabika & Pra Sekolah

a.    Tabika Perpaduan Terawi, Penampang

Lokasi : Jln OT Bongking Kg. Terawi.

Jarak : 2.5km

Jumlah pelajar : 46 orang (kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).

Jumlah guru : 4 orang


b.    Pra Sekolah Buit Hill, Penampang

- terletak di atas bukit, dan boleh dilalui melalui Jalan Putatan Ramayah. 

- jumlah pelajar dianggarkan seramai 42 orang (kanak-kanak berumur 5 & 6 tahun). 

- jumlah guru adalah seramai 4 orang (guru dan juga guru penolong).


c.    Tabika KEMAS, Kg. Ulu Putatan

- terletak di laluan Jalan Putatan Ramayah. 


ii.            SEKOLAH RENDAH

S.K. Buit Hill, Penampang

     Sekolah Kebangsaan Buit Hill, Penampang merupakan institusi pendidikan yang disediakan khas untuk kemudahan anak-anak penduduk di sekitar Kg. Kopimpinan. Sekolah ini dianggarkan mempunyai jumlah murid seramai 500 orang dan mempunyai 12 kelas dari tahun 1  hinggalah ke  tahun 6 (iaitu kelas Anggerik dan kelas Mawar).

iii.           SEKOLAH MENENGAH

SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang

- Sekolah Sukan Negeri Sabah, Sekolah Kluster Kecemerlangan yang juga merupakan Sekolah Lestari terletak kira-kira 3km dari Pekan Donggongon, Penampang dan 15km dari Bandaraya Kota Kinabalu.



© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.