Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke PI1M Lain

Penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kg. Kopimpinan ini merupakan projek kerajaan dan  inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama Celcom Berhad dan NUSUARA Technologies Sdn. Bhd. Ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).

 

Matlamat utama kerajaan menubuhkan PI1M Ini adalah untuk memastikan komuniti tempatan memperoleh capaian internet agar jurang digital antara masyarakat bandar dan luar Bandar dapat dirapatkan, selaras dengan matlamat Pelan Jalurlebar Kebangsaan. PI1M menyediakan perkhidmatan berkaitan ICT dengan memberikan lebih tumpuan kepada masyarakat luar bandar kerana capaian internet yang agak terhad dan sekaligus berfungsi sebagai sebuah pusat komuniti yang berpengetahuan melalui penyediaan kelas / latihan ICT & keusahawanan kepada komuniti di sekitarnya.

 

PI1M Kg. Kopimpinan ini terletak pada sempadan daerah antara Putatan dan Penampang. Ianya terdiri daripada lapan (8) buah kampung berdekatan iaitu Kg. Kopimpinan, Kg. Botung, Kg. Navahiu, Kg. Baru, Kg. Dabak, Kg. Bukitas, Kg. Buit Hill dan juga Kg. Terawi. Anggaran penduduk yang tinggal di sekitar PI1M adalah seramai 900 orang. Antara infrastruktur yang terdapat di kawasan ini adalah dua buah sekolah berdekatan iaitu S.K. Buit Hill, Penampang dan SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang, Klinik 1 Malaysia, supermarket, tempat peranginan serta pelancongan dan banyak lagi kemudahan lain yang disediakan.

 

Perkhimatan lain yang disediakan di dalam Pi1M adalah seperti:

·         Photocopy        

·         Printing

·         Scanning

·         Laminating

·         Sewa Bilik ICT

·         Peminjaman netbook hanya kepada ahli Pi1M sahaja

 

Keistimewaan ahli Pi1M:

·     - Mengikuti latihan ICT secara percuma dan pada bila-bila masa mengikut kelapangan masa peserta (antara 9.00 – 12 tengahari & juga 2.00 - 5.00 petang). 

·      - Latihan Asas Keusahawanan secara percuma

·      - Mengikuti program & aktiviti bulanan yang dijalankan Pi1M. 

·      - Kadar perkhidmatan yang berpatutan. 

 

Selain daripada itu, semua ahli adalah digalakkan untuk melayari laman microsite Pi1M di www.celcom1cbc.com/kopimpinan untuk melihat serta mengetahui semua program & aktiviti yang telah dijalankan mahupun akan diadakan. Mereka digalakkan memberikan maklum balas agar isi kandungan laman tersebut dapat diperbaiki dari masa ke semasa. 

 

Hadapi Masalah? Rujuk Panduan