KOMUNITI DAN ALAM SEMULAJADI

29 September 2016 |
24 Sept 2016, Sabtu . Bertempat di Hutan Simpan Kubang Badak satu program bersama komuniti telah dianjuran oleh pihak Persatuan Pendidikan dan Kebajukan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING). JARING merupakan badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar dengan ROS dan merupakan salah satu ahli NGO dalam jawatankuasa teknikal penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang bersesuaian di pengairan pantai negara di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Seramai 60 orang komuniti yang terlibat termasuklah dari LTA (Kolej Komuniti Langkawi) Pusat Internet 1 Malaysia, Perpustakawan dan juga komuniti setempat yang turut menjayakan program tersebut.

Program ini dianjurkan bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti setempat dan pelajar tentang kepentingan dan manfaat hutan paya bakau disamping memupuk sifat sayangkan paya bakau. Sebanyak 200 anak poko bakau dibekalkan kepada peserta untuk turut merasai sendiri proses penanaman tersebut