ADVOKASI PI1M BERSAMA KOMUNITI KG SG ITAU

08 October 2016 | Berita Terkini

8.10.2016 - Sabtu , Sempena sambutan Hari Sukan Negara yang dijalankan serentak di seluruh Malaysia, Pihak Pusat Internet 1 Malaysia mengadakan kerjasama program tersebut bersama-sama dengan Komuniti sekitar Ayer Hangat. Seramai lebih kurang 200 orang pengunjung datang ke Program tersebut. Program tersebut berlansung dari jam 9:00 pagi - 1:00 Tengahari. Pihak Pi1M membuka booth pameran kepada orang ramai untuk pelbagai aktiviti yang disediakan.

 

Selain daripada itu, taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan juga Mobile E- Waste turut disampaikan Oleh Pengurus Pi1M Kuah, Langkawi Pn Nur Asiah Bt Saad. Selain itu, Pihak Pi1M Kuah dan Padang Lalang turut mengadakan pendaftran keahlian Pi1M secara percuma kepada orang awam. Selain booth pameran Pi1M, turut terlibat sama Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi yang mengadakan saringan kesihatan.

 

Antara aktiviti sepanjang progam tersebut ialah Senamrobik, Sesi bersama Pi1M , Sukaneka dan cabutan nombor bertuah. Perasmian tersebut dirasmikan oleh Tuan Hj Maton B. Mahmud selaku Pengerusi JKK Kg Sungai Itau