ADVOKASI PI1M BERSAMA KOMUNITI PPR TAMAN DAHLIA

08 October 2016 | Berita Terkini

8.10.2016 - Sabtu , Sempena sambutan Hari Sukan Negara yang disambut serentak seluruh Malaysia, Pihak Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Kuah dan Padang Lalang mengadakan kolaborasi bersama komuniti PPR Taman Dahlia, Langkawi. Program di sini bermula jam 2:00 hingga 5:00 petang. Lebih kurang 120 orang penduduk turun padang untuk sama-sama di dalam program tersebut. Pelbagai acara disediakan kepada komuniti setempat.

 

Pihak Pi1M mengadakan pertandingan mewarna, Kuiz KDB dan juga pelancaran Mobile E- Waste kepada komuniti. Taklimat mengenai pengguna internet secara selamat dan bijak turut ditekankan pada program tersebut. Selain itu, komuniti turut diberi info berkaitan tong Mobile E- Waste bagi tujuan melindungi data di dalam handfone terpakai.

Antara acara lain yang disediakan ialah, pertandingan kasut roda, sukaneka dan juga jom langsing jom sihat. Pelbagai kategori umur dipertandingan dan hadiah di sampaikan oleh YB Noor Saidi B. Nanyan selaku ADUN Kuah. Beliau turut merasmikan program Hari Sukan Negara peringkat Taman Dahlia serta melancarkan program Mobile E- Waste kepada komuniti. 

 

 Program sebegini dapat merapatkan hubungi Pi1M dengan komuniti serta pemimpin tempatan. Disamping itu diharap dapat memberi pelbagai manfaat kepada komuniti