SANDWISH CHEF CILIK

14 October 2016 |

12.10.2016 Rabu, Bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kuah, 1 Program kesedaran usahawan bersama ahli Pusat Internet Kuah telah menjalankan aktiviti yang diberi nama Sandwish Chef Cilik. Kaedah pembelajaran menghasilkan sandwish tersebut telah diajar oleh staf Pi1M melalui video tutorial Youtube. 

 

Bahan penyediaan menghasilkan sandwish tersebut di sediakan oleh Pusat Internet. Program ini dibuat bagi melatih pelajar untuk menjadi usahawan muda di samping menarik minat mereka untuk datang ke Pi1M. Seramai lebih kurang 17 orang peserta telah terlibat dalam program tersebut.

 

Hasil pembuatan sandwish tersebut , dibungkus dan diedar kepada setiap peserta yang terlibat. Para peserta begitu teruja dapat menjalankan aktiviti tersebut dan berharap agar pihak Pi1M dapat menjalankan aktiviti lain untuk masa akan datang