PROGRAM MOTIVASI BELIA PEMANGKIN NEGARA

28 October 2016 | Berita Terkini

26 Okt. 2016 , Bertempat di Pusat Latihan Kem Negara (PLKN) Langkawi, satu program motivasi kepada pelajar tingkatan 3  seluruh Langkawi telah diadakan bermula dari 25-27 Oktober 2016. Seramai 200 orang pelajar telah terlibat dalam program tersebut. Program yang diberi nama Program Motivasi Belia Pemangkin Negara bertujuan mendedahkan kepada pelajar peranan belia kini yang perlu digilap untuk menjadi belia yang terbaik di masa hadapan

 

Pusat Internet 1 Malaysia Kluster Langkawi, dijemput mengadakan sesi program bersama para pelajar tersebut. Slot yang diberikan selama 2 jam kepada kami, disusun dengan baik agar penyampaian ilmu penggunaan internet dengan bijak dapat diterapkan. Slot yang pertama 'Taklimat Klik Dengan Bijak' memberi pendedahan kepada pelajar tentang kesedaran dan tanggjawab mereka sebagai pengguna internet. Dalam sesi tersebut juga diadakan kuiz KDB untuk menguji kefahamanan pelajar yang terlibat

 

Selain daripada itu, Slot 2 adalah aktiviti KDB. Kami bahagikan kepada 2 aktiviti iaitu, 'telefon berkarat' dan juga 'gambar berkarat'. Dalam permainan tersebut mereka dibahagikan kepada kumpulan dan perlu menyelesaikan task yang diberikan mengikut kaedah yang disediakan. Permainan ini bertujuan mengajar mereka agar tidak mudahmenyebarkan maklumat palsu melalui perbualan mahupun , gambar.

 

Sesi terakhir merupakan sesi kesimpulan program dan juga penyampaian hadiah kepada pemenang. Pi1M yang terlibat dalam program tersebut ialah Pi1M Padang Lalang, Kuah, Padang Wahid dan juga mini Pi1M Tuba