PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK-SMK LANGKAWI, PULAU TUBA

08 November 2016 | Berita Terkini

3 November 2016, Khamis: Bertempat di SMK Langkawi Pulau Tuba, satu program kesedaran penggunaan internet secara bijak telah diadakan kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 4 di sekolah terbabit. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada golongan ini yang kebanyakkannya merupakan pengguna internet /media social tegar. Dengan adanya taklimat ini secara khusus, pihak Pi1M dapat menyampaikan taklimat ini secara terus dan jelas kepada mereka tentang kebaikan dan juga keburukan dalam melayari internet pada masa kini.

Pelbagai perkongsian ilmu diberikan kepada pelajar terbabit agar mereka tidak terjebak dengan jenayah siber dan menjadi pengguna berhemah. Selian daripada itu, promosi pusat internet seluruh Langkawi juga turut diperkenalkan kepada pelajar selain daripada fungsi serta perkhidmatan yang disediakan.

Taklimat ini merupakan Program Advokasi Pi1M Kluster Langkawi yang terdiri daripada Pi1M Kuah, Padang Lalang, Padang Wahid dan juga Mini Pi1M Tuba. Program ini berjaya disampaikan dengan bantuan daripada pihak SMK Langkawi dan juga kerjasama daripada 174 orang pelajar yang terlibat