Program Motivasi Pelajar Bersempena Program Mesra Komuniti Pulau Tuba 2016

29 November 2016 |

25/11/2016, Jumaat: Program Motivasi Pelajar bersempena Program Mesra Komuniti Pulau Tuba 2016 telah diadakan  di Sek. Keb Tuba. Program ini adalah anjuran bersama Yapiem , MCMC, Pusat Internet 1 Malaysia Kluster Langkawi dan komuniti setempat Kg. Pulau Tuba.

Seramai hampir 200 orang penduduk terlibat dalam menjayakan program ini. Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara komuniti Pulau Tuba disamping memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan dan keburukan melayari internet.

Antara aktiviti yang diadakan adalah gotong-royong bersama penduduk, taklimat Klik dengan Bijak,  taklimat motivasi oleh Yapiem, kuiz  dan sukaneka. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan semuanya berjalan dengan lancar pada hari tersebut.