PROGRAM BERSAMA KOMUNTI DAN AHLI PI1M KUAH

28 December 2016 | Berita Terkini

Pada 22 Dis 2016, Satu Bengkel penjagaan diri / Makeup  ini dianjurkan oleh seorang usahawan di Kuah . Pihak Pi1m menghantar 5 orang ahli untuk mengikuti bengkel tersebut untuk melahirkan usahawan yang berjaya dalam bidang tersebut kerana peserta tersebut berminat dalam bidang tersebut. Bengkel ini dijalankan bermula jam 3:00 petang hingga ke 6 :00 petang, seramai lebih kurang 15 orang peserta terlibat bagi menjayakan program tersebut.

Selain daripada penerangan teknik penjagaan wajah dan solekan diterangkan dengan betul, beliau juga turut berkongsi pengalaman sekiranya ada di kalangan peserta mahu turut serta dalam bidang tersebut. 

Diharap dengan adanya bengkel ini secara percuma dapat memberi ilmu dan perkongsian yang terbaik di kalangan usahawan dan bakal usahawan yang terlibat.