KOMUNITI DAN ALAM SEKITAR

28 December 2016 | Berita Terkini

Pada 23 Disember 2016, Sabtu bertempat di perkarangan Persisiran Pantai telah diadakan satu program bersama komuniti Kg Kuala Teriang. Program ini diberi nama 'Repalanting Bakau Sempena Memperingati Tragedi Tsunami 2004'. Program ini mengimbau kembali ketika Tsunami melanda Pantai Kuala Teriang. Segala pokok bakau telah musnah, dan boleh menyebabkan berlakunya aliran ombak yang kuat tanpa sekatan daripada Pokok Bakau.

Badan bukan kerajaan daripada Pihak JARING dengan kerjasama beberapa badan kerajaan iaitu, LADA, JPS, Pusat Internet 1 Malaysia serta LTA (Kolej Komuniti) telah menghantar wakil untuk menjayakan program tersebut. Antara aktiviti yang berlangsung pada program tersebut ialah, penerangan fungsi bakau kepada alam sekitar. Selain daripada itu, sebanyak 300 anak pokok bakau telah berjaya di tanam oleh peserta yang terlibat.

Program ini bermula jam 8;30 pagi dan tamat pada jam 12:00 tengahari. Kerjasama yang diberikan membuatkan hasil yang terbaik.