Kemudahan Awam

Pelbagai kemudahan Awam terletak di sekitar Pusat Internet 1 Malaysia Kuah, Langkawi. Lokasi PI1M merupakan lokasi strategik bagi kemudahan orang tempatan. Kemudahan ini disediakan oleh kerajaan dalam memajukan masyarakat di Malaysia.

Ibu Pejabat (IPD) Kuah, Langkawi terletak di pusat Bandar Kuah. Ia terletak lebih kurang 400m dari Pusat Internet 1 Malaysia, mengambil masa 5 min perjalanan, orang ramai boleh membuat sebarang aduan permasalahan di situ


Selain daripada itu, Balai Bomba Kuah, turut terdapat di Pusat Bandar ini, ini memudahkan orang ramai menggunakan pelbagai perkhidmatan yang disediakan. Jarak Balai Bomba Kuah , dari Pusat Internet 1 Malaysia mengambil masa kira-kira jam 1.3 KM

Terdapat juga Pusat Kegiatan Kemas di mana ia menyediakan perkhidmatan pembelajaran dari golongan pelajar sekolah hingga dewasa. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti :
i - Kelas masakan
ii- Kelas Usahawan
iii- Kelas Komputer
iv- Tadika Kemas

Disamping itu, Kemudahan pendidikan seperti sekolah-sekolah menengah dan rendah terdapat di kawasan sekitar seperti :

i- Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri ( Pelajar Tingkatan 1 - 6)
ii- Sekolah Kebangsaan Seri Negeri ( Tahun 1 -6)
iii- Maktab Rendah Sains Mara


Semua kemudahan awam diatas terletak berdekatan dengan Pusat Internet 1 Malaysia Kuah, Langkawi
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.