Maklumat Tempatan




Pekan Kuah merupakan pekan dan pintu masuk utama pulau LangkawiKedah. Arca helang yang merupakan simbol Langkawi yang terkenal terletak di Kuah.

Sejarah Pekan Kuah

Pekan Kuah mendapat namanya daripada peristiwa kuah gulai yang tertumpah mengenangi kawasan itu. Periuk yang berisi air panas tertumpah ke tempat yang dinamai Ayer Hangat, lantas menyerap ke sebuah paya yang kini dikenali KisapSelat Cincin dipercayai berasal daripada pemegang jag air yang terpelanting membelah Pulau Langkawi danPulau Terutau.

Pergaduhan gergasi antara Mat Chinchang dan Mat Raya yang berlanjutan menyebabkan kilat dan petir sambar-menyambar, sehingga sekelip mata kedua-duanya menjelma menjadi gunung kini Gunung Matcincang dan Gunung RayaMat Sirat yang cuba meleraikan pergaduhan itu gagal sehingga bertukar rupa menjadi bukit yang puncaknya terbelah dua iaitu Padang Matsirat sekarang.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.