Berita Terkini

PROGRAM CELIK ICT BERSAMA PELAJAR TADIKA KEMAS SIRI 2- TADIKA KEMAS MERGONG JAYA FASA 1, 2 DAN 3

23 June 2017 | Berita Terkini

Program Celik ICT bersama pelajar Tadika Kemas telah diadakan di Tadika Kemas Mergong Jaya Fasa 1, 2 dan 3, Alor Setar. Program ini merupakan salah satu dari aktiviti siri jelajah tadika di kawasan sekitar Alor Setar. Pusat Internet 1 Malaysia dengan kerjasama KEMAS telah mengambil inisiatif ini bagi mendedahkan kepada para pelajar mengenai kegunaan ICT pada peringkat awal dan menyampaikan ceramah Klik Dengan Bijak (KDB).  Program ini juga merupakan anjuran bersama Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seberang Teus, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Mergong, Pusat Internet 1 Malaysia RP Simpang Kuala... read more

AGROBAZAAR ONLINE FAMA

13 June 2017 | Berita Terkini

Pada 13 Jun & 14 Jun 2017, program Agrobazaar Online telah diadakan bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seberang Terus. Program ini dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seberang Terus, Pusat Internet 1 Malaysia RP Simpang Kuala, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Mergong dan Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Kedah. Program ini melibatkan usahawan di Negeri Kedah yang bertujuan untuk memberi penerangan kepada usahawan mengenai Portal Agrobazaar. Program yang diadakan ini juga dihadiri oleh beberapa orang pegawai dari FAMA. Program bermula pada... read more

BENGKEL E-HALAL SECARA ONLINE BERSAMA MADA

07 June 2017 | Berita Terkini

                    Pada 7 Jun 2017, Bengkel e-Halal telah diadakan bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia RP Simpang Kuala. Bengkel ini dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia RP Simpang Kuala, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seberang Terus, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Mergong dan Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Kedah. Bengkel ini telah dihadiri oleh usahawan-usahawan dari sekitar Negeri Kedah. Program ini bertujuan untuk membantu usahawan mendapatkan Sijil Halal bagi perniagaan mereka serta memberi pendedahan tentang pentingnya pensijilan halal di... read more

SUCCESS STORY Q2 2017 - MOHAMMAD BIN IKWAN

13 June 2017 | Kisah Kejayaan

 NAMA: MOHAMMAD BIN IKWAN UMUR: 64 TAHUN PEKERJAAN: USAHAWAN HASIL LAUT YANG DIAWET NO TELEFON: 013- 472 5802(WHATSAPP) JANTINA: LELAKI LOKASI PERNIAGAAN: KAMPONG TOK PASAI, JALAN KUALA KEDAH WAKTU PERNIAGAAN: 9.00PAGI- 8.30 MALAM Mohammad bin ikwan atau lebih mesra dipanggil Pak Wan adalah seorang usahawan yang agak dikenali disekitar Kuala Kedah. Beliau menjalankan perniagaan berasaskan makanan laut yang telah diproses seperti ikan kering, ikan bilis, ikan pekasam, budu, cencaluk, keropok ikan, keropok udang dan pelbagai lagi makanan laut yang lain. Perniagaan beliau dikenali penduduk sekitar kerana kedai beliau merupakan satu satunya yang menjual hasil laut yang telah... read more

PROFIL USAHAWAN JUNE 2017-MOHAMMAD BIN IKWAN

13 June 2017 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA: MOHAMMAD BIN IKWAN UMUR: 64 TAHUN PEKERJAAN: USAHAWAN HASIL LAUT YANG DIAWET NO TELEFON: 013- 472 5802(WHATSAPP) JANTINA: LELAKI LOKASI PERNIAGAAN: KAMPONG TOK PASAI, JALAN KUALA KEDAH WAKTU PERNIAGAAN: 9.00PAGI- 8.30 MALAM   Mohammad bin ikwan atau lebih mesra dipanggil Pak Wan adalah seorang usahawan yang agak dikenali disekitar Kuala Kedah. Beliau menjalankan perniagaan berasaskan makanan laut yang telah diproses seperti ikan kering, ikan bilis, ikan pekasam, budu, cencaluk, keropok ikan, keropok udang dan pelbagai lagi makanan laut yang lain. Perniagaan beliau dikenali penduduk sekitar kerana kedai beliau merupakan satu satunya yang menjual hasil laut yang telah... read more

USAHAWAN TEMPATAN : Nur Syuhairah Binti Ridzuwan

30 May 2017 | Profil Usahawan Tempatan

  Nama Usahawan:  Nur Syuhairah Binti Ridzuwan Nama Perniagaan: Alhaura Legacy Trading (KV0374711-A) Produk yang dijual : Kesihatan & kecantikkan Jenis Perniagaan: Perniagaan atas talian No Telefon : 011-38775763(whatsApp)        Nur Syuhairah Binti Ridzuwan berusia 33 tahun merupakan usahawan yang baru menjinakkan diri dalam perniagaan secara atas talian. Beliau yang juga seorang isteri dan ibu  kepada 3 anak menceburi perniagaan ini atas dasar ingin menolong orang ramai agar menjaga kesihatan yang lebih baik. Atas sebab itu beliau menjual produk yang berasaskan kecantikan dan kesihatan .  Sambutan yang beliau terima dari pelanggan beliau sangat memberangsangkan walaupun beliau baru sahaja 2 tahun... read more

MAJLIS PERASMIAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KOTA SETAR

10 May 2017 | Berita Terkini

Pada 10 Mei 2017 (Rabu), Pusat Internet 1 Malaysia yang melibat 4 buah Pusat Internet 1 Malaysia di sekitar Alor Setar iaitu Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seberang Terus, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Mergong, Pusat Internet 1 Malaysia RP Simpang Kuala, Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Kedah telah melancarkan Majlis Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia yang bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seberang Terus. Majlis tersebut dirasmikan oleh Dato Hj. Abdul Kadir bin Muhamad, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Kedah. Turut diiringi bersama ialah wakil SKMM Pejabat Negeri... read more

MESYUARAT AJK PROGRAM PERASMIAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA

02 May 2017 | Berita Terkini

 Pada 2 Mei 2017, Selasa, satu mesyuarat bagi Ahli Jawatankuasa (AJK) Program Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia telah diadakan bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seberang Terus. Mesyuarat ini dihadiri oleh kakitangan Pi1M yang mewakili Pi1M PPR Mergong, Pi1M RP Simpang Kuala, Pi1M Kuala Kedah, Pi1M PPR Paya Nahu, Pi1M RP Kelang Lama. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai aturcara majlis pada hari perasmian Pi1M kawasan Kota Setar. Majlis Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia akan diadakan pada 10 Mei 2017 (Rabu) bertempat di Pi1M PPR Seberang Terus. Program... read more

PERTANDINGAN SILANG KATA

19 April 2017 | Berita Terkini

Pada tarikh 19 April 2017 yang lalu, Pusat Internet Kuala Kedah (pi1m k.kedah) telah menganjurkan satu pertandingan silang kata menguji pengetahuan bahasa pengguna. Pertandingan ini disasarkan kepada pengunjung cilik yang berusia 8tahun - 15 tahun. Para peserta terdiri dari 6 orang ahli kanak-kanak lelaki dan 4 orang ahli kanak kanak perempuan. Para peserta di pecahkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi dua peserta. Berikut adalah maklumat tentang program tersebut:   Lokasi dan tarikh       : 19 April 2017 di Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Kedah Tempoh program       :... read more

PROGRAM BENGKEL ADVOKASI PENGAWAS ASRAMA SELURUH NEGERI KEDAH

06 April 2017 | Berita Terkini

6 APRIL 2017, Khamis: Program Bengkel Advokasi Pengawas Asrama Seluruh Negeri Kedah telah diadakan di SMK Agama Kedah, Alor Setar. Program ini merupakan salah satu dari program advokasi SKMM bersama Pi1m Wilayah Utara.  Pusat Internet 1 Malaysia dengan kerjasama SKMM telah mengambil inisiatif ini bagi mendedahkan kepada para pelajar mengenai kesedaran dan keselamatan dalam penggunaan internet kepada para pelajar. Program ini juga merupakan anjuran bersama cluster Kota Setar yang terdiri daripada pihak Celcom dan Digi.  Antara pengisian taklimat advokasi ini merangkumi  Klik Dengan Bijak( KDB), Online Grooming, Penipuan Internet, CYL,serta... read more