PROGRAM HARI SUKAN NEGARA DI SK SERI PANTAI

08 October 2016 | Berita Terkini

Pada 8 Oktober 2016  yang lepas merupakan Hari Sukan Negara dimana seluruh rakyat Malaysia disarankan untuk bersukan pada setiap minggu kedua bulan Oktober. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Justeru  itu, Pusat Internet 1 Malaysia Kuala kedah Mengambil insiatif ini dengan cara bekerjasama dengan Sekolah Kebangsaan Tok Pasai Kuala Kedah untuk menjayakan Hari Sukan Negara peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan sempena hari sukan ini. Antaranya Senaman aerobic bersama pelajar, guru dan juga Ibu bapa, Sukaneka, dan juga Pertandingan Mewarna. Seramai 30 orang kakitangan guru dan juga staff terlibat dalam acara ini.  Selain Itu juga, Persatuan IbuBapa Dan Guru juga turut menyediakan aktiviti Membuat Bubur Asyura sempena menyambut bulan Muharam. Seramai 40 orang ibu bapa turut hadir bagi menjayakan program ini.

 

 

Program Hari Sukan Negara peringkat sekolah ini juga betrujuan untuk memupuk kesedaran semua golongan tidak kira pelajar guru-guru dan juga ibu bapa mengenai pentingnya menjalani gaya hidup sihat dan juga cara permakanan yang sihat. Selain itu juga, Kami dari Pusat internet 1 Malaysia Kuala Kedah, tidak ketinggalan mempromosikan Pusat Internet kami yang baru beroperasi pada 26 September yang lepas. Disamping membuat promosi, kami juga memberi sedikit penerangan dan pendedahan mengenai ‘Klik Dengan Bijak’ (KDB) kepada semua yang terlibat. Kami menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang pusat internet dan juga memmberi pendedahan tentang kebaikan dan keburukan internet dalam Kalangan masyarakat.

Program ini berakhir dengan acara memberi hadiah dan mengagihkan bubur asyura kepada para ibu bapa guru dan juga pelajar.