PROGRAM HARI SUKAN NEGARA DI KG.TOK PASAI

08 October 2016 | Berita Terkini

Pada 8 Oktober yang lepas, Kampung Tok Pasai juga mengadakan progam Hari Sukan Negara bertempat di Dewan Serbaguna Kg.Seri Pantai. Program ini melibatkan semua penduduk kampung yang berhampiran dan dihadiri oleh YB Dato’ Muthalib Bin Harun. Terdapat empat acara sukan yang diadakan antaranya bawa bola ping pong dalam sudu, rebut kerusi, tiup belon sampai pecah, dan baling belon air. Aktiviti sukaneka ini disertai oleh kanak-kanak dan juga ibu bapa. Seramai 60 orang kanak-kanak dan ibu bapa terlibat dalam program ini.

 

Pusat internet 1 malaysia juga terlibat menjayakan program ini bagi mewar-warkan dan mempromosi pusat internet kami. Selain itu, kami juga terlibat dalam membantu dan melancarkan progam ini .