USAHAWAN TEMPATAN : MUHD KHAIRUL ASWAD

28 November 2016 | Kisah Kejayaan

          

 

NAMA                           :       MOHD KHAIRUL ASWAD BIN OMAR

UMUR                           :        32 TAHUN

LOKASI                         :        KUALA KEDAH

PEKERJAAN                 :        PERNIAGAAN NASI CAMPUR BERGERAK

WAKTU BERNIAGA   :       11 PAGI SETIAP HARI KECUALI HARI JUMAAT

 

 

Mohd Khairul Aswad merupakan penduduk tetap Kuala Kedah berumur 32 tahun dan telah melibatkan diri dalam perniagaan nasi campur bergerak selama 9 tahun. Menurutnya ,perniagaan ini merupakan perniagaan turun temurun yang pada mulanya dilakukan oleh bapanya selama 20 tahun yang lepas. Idea melakukan perniagaan nasi campur bergerak ini merupakan idea arwah bapanya yang merupakan satu-satunya gerai nasi campur bergerak di Kuala Kedah.

 

 

Masakan istimewa yang diturunkan oleh arwah bapanya merupakan gulai ikan yang sangat dikenali dengan kesedapannya. Pada mulanya perniagaan nasi campur bergerak beroperasi di tepi laut bedekatan dengan BSN Kuala Kedah dan kini telah bertukar tempat dimana berdekatan dengan PI1M Kuala Kedah. Menurutnya lagi, penduduk Kuala Kedah mengenali gerainya dengan Gerai Pak Omar.

 

Menurutnya, kebanyakkan pelanggan memberi reaksi positif terhadap kualiti dan harga makanannya. Pelanggan juga mengakui harga nasi campur yang diniagakannya sangat berpatutan dan sangat lazat berbanding makanan di gerai-gerai lain. Namun bagaimanapun terdapat juga karenah pelanggan yang ingin membeli dengan harga yang lebih murah. Tetapi Mohd Khairul Aswad menganggap ia merupakan satu cabaran dan motivasi untuk dirinnya untuk menambahkan kualiti makanan.

 

 

Selain daripada itu, terdapat juga permintaan pelanggan yang ingin beliau masak untuk pogram-pogram atau majlis kenduri. Muhammad Khairul Aswad juga sedang membuat perancangan untuk mengembangkan perniagaannya dalam bidang katering sekiranya diberikan rezeki.