PROGRAM SMART KUIZ

28 November 2016 | Berita Terkini

PROGRAM SMART KUIZ

 

                                              

 

28 November 2016 – Pusat internet 1 Malaysia Kuala Kedah telah mengadakan satu program iaitu Smart Kuiz bersama ahli-ahli PI1M. Program ini merupakan satu program yang dianjurkan oleh PI1M bertujuan untuk menerangkan lagi kepada ahli-ahli PI1M Kuala Kedah mengenai fungsi-fungsi dan etika ketika berada di Pusat Internet 1 Malaysia. Semasa berlangsungnya pogram ini ahli PI1M didedahkan dengan pelbagai persoalan mengenai PI1M. Antaranya etika semasa berada di PI1M, peraturan semasa berada di PI1M, kebersihan di PI1M, dan juga menerangkan kepada mereka mengenai tugas-tugas Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M.

 

                                       

Seramai 20 orang ahli PI1M Kuala Kedah terlibat dengan program ini. Kesemua mereka dalam lingkungan 6 hingga 14 tahun. Program ini berlangsung selama 3 jam bermula daripada pukul 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Kesemua peserta yang berjaya menjawab soalan dengan betul diberikan hadiah.