PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA MENGGUNAKAN MS PAINT

27 December 2016 | Berita Terkini

                                                     Perjalanan Aktiviti

                              

Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Kedah telah menganjurkan satu pertandingan melukis dan mewarna menggunakan aplikasi Ms Paint. Program ini disasarkan kepada ahli Pi1m terutamanya pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Pertandingan ini diadakan pada 27 Disember yang lalu dan telah disertai oleh seramai 12 orang peserta yang berumur 9 tahun sehingga 14 tahun dari komuniti di sini.

                         

Pihak urusetia telah menyediakan sekeping gambar pemandangan sebagai contoh dan peserta diminta melukis pemandangan dan mewarna mengikut kreativiti masing-masing menggunakan aplikasi Ms Paint. Tiga pemenang dipilih berdasarkan kekemasan warna. Peserta yang melukis dan menggunakan warna yang paling sesuai dan kreatif dipilih sebagai pemenang.

Diharapkan, dengan adanya aktiviti ini dapat memupuk kemesraan di kalangan ahli di samping dapat menguji kemahiran menggunakan aplikasi Paint.