Mengenai PI1M

Pusat Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd.

 Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.


Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) KUALA KEDAH


Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) KUALA KEDAH mula dibuka kepada komuniti pada 26 SEPTEMBER 2016. Pi1M adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat Kuala Kedah dan sekitar.


Pusat ini dilengkapi dengan 20 komputer meja yang serba canggih beserta dengan capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, dengan adanya kemudahan ini diharapkan agar lebih ramai masyarakat di kawasan ini celik ICT di samping dapat menyeimbangkan penggunaan kemudahan internet di kawasan bandar dan luar Bandar. Pi1M juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh Cik Siti Aishah Binti Kamarudin selaku pengurus Pi1M kuala kedah dan di bantu oleh Encik Mohd Khodri Bin Abd Ghani selaku penolong pengurus.

 

Melalui penubuhan Pi1M, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).




Prinsip Pelaksanaan PI1M

1. Kerjasama dengan Kerajaan Negeri

  • Menyediakan premis yang sesuai

2. Rekabentuk dan peralatan yang seragam di semua lokasi

3. Diurus oleh Pengurus dan Penolong Pengurus yang dilantik 

4. Beroperasi 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari

5. Daftar sebagai Ahli Pi1M

  • Pendaftaran RM5.00
  • Kad Ahli
  • Tidak aktif 12 bulan, keahlian dibatalkan
  • Pengaktifan semula – RM3.00

Objektif PI1M

  • Menyediakan capaian komunikasi secara kolektif
  • Menggalakkan penggunaan ICT dikalangan masyarakat
  • Meningkat taraf sosio ekonomi dan pembangunan insan
  • Merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar
  • Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan

 

 

WAKTU BEROPERASI

ISNIN - AHAD

9.00 PAGI - 6.00 PETANG

KECUALI CUTI UMUM

 

KELENGKAPAN DALAM PJK

-          20 BUAH DESKTOP COMPUTER 19” LCD MONITOR.

-          ALAT PENCETAK

-          ALAT PENGIMBAS

-          ALAT LAMINATING

-          PROJEKTOR LCD

-          WI-FI

-          SOFA SEBAGAI RUANG MENUNGGU

-          TV PLASMA LCD 42”

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN PJK

-          PRINTING

-          PHOTOCOPY

-          SCANNING

-          LAMINATING

-          WI-FI

-          MENAIP

-          KELAS COMPUTER / ICT (PERCUMA UNTUK AHLI)

-          ALAT TULIS & KERTAS

-          SEWA BILIK MESYUARAT  


KELAS KOMPUTER/ICT

-          MICROSOFT OFFICE WORDS 2013

-          MICROSOFT OFFICE EXCEL 2013

-          MICROSOFT OFFICE POWER POINT 2013