Komuniti

KOMUNITI PENDUDUK KUALA KEDAH


Komuniti penduduk Kuala Kedah, 90% kaum Melayu,7 % kaum Cina, dan selebihnya 3% kaum lain-lain. Bahasa perantaraan yang digunakan di sini adalah Bahasa Malaysia dan Bahasa Thai sebagai bahasa komunikasi. Kebanyakan penduduk adalah beragama Islam. Masyarakat di sini masih mengamalkan gaya hidup kampung, tolong menolong, hormat menghormati diantara satu sama lain dan hidup harmoni bersama. Kebanyakan penduduk di sini tinggal di rumah kampung dan masih menjalankan kehidupan seperti masyarakat kampung.



Kampung yang berada di sekitar Kuala Kedah ini termasuklah Kampung Tok Pasai, Kampung Seri pantai, dan Kampung Bakar. Kampung yang terdekat dengat Pusai Internet 1 Malaysia Kuala Kedah merupakan Kampung Tok Pasai yang terletak kira-kira 100 meter dari PI1M. Kampung ini dianggarkan mempunyai 457 buah rumah yang dimana purata isi setiap rumah adalah seramai 4 orang. Pengerusi JKKK Tok Pasai ialah Haji Bakar Bin Mat manakala setiausaha tetap JKKK Tok Pasai ialah Sufina bt Mat. Mereka merupakan orang kuat yang menggerakkan dan aktif dalam pogram komuniti Tok Pasai.


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.