Pendidikan

Sekolah Kebangsaan Seri Pantai ditubuhkan kerana limpahan murid terlalu padat di Sek.Keb.Seberang Nyonya. Ia mula beroperasi pada tahun 1995. Seramai 650 orang murid serta 30 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya di pindahkan ke sekolah ini.Murid-murid sekolah ini diagihkan mengikut kedudukan tempat tinggal mereka yang berhampiran sekolah iaitu terdiri daripada Kampung Tok Pasai, Taman Sri Putra, Perumahan Awam, Taman Harapan, Taman Desarena dan Kampung Tepi Laut. Kebanyakan murid-murid di sini terdiri daripada anak-anak nelayan.Nama Sekolah Kebangsaan Seri Pantai ini dipilih berdasarkan lokasinya berhampiran tepi laut. Nama ini diilhamkan oleh Tuan Penolong Pengarah Pendidikan iaitu Tuan Hj. Mohd. Hanafiah bin Ishak. Beliau adalah anak tempatan Kuala Kedah.Guru Besar pertama yang diamanahkan untuk mentadbirkan sekolah ini ialah Encik Abdul Halim bin Abas yang dinaikkan pangkat dari Penyelia Petang Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya. Beliau juga merupakan anak jati Kuala Kedah. Sekolah Kebangsaan Seri Pantai dinaikkan taraf ke Gred Sekolah A pada tahun 1998.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.