KISAH KEJAYAAN: MOHD KARULAZUAN BIN KADIR

29 September 2016 | Berita Terkini

KISAH KEJAYAAN (Q3 2016)

 

Mohd Karulazuan Bin Kadir ( Pelajar Pendidikan Khas)




Saya mula mengikuti kelas latihan asas ICT di PI1M sejak Pusat tersebut ditubuhkan lagi iaitu pada bulan Disember 2013. Hal ini kerana , Pusat Internet tersebut dekat dengan kediaman saya, Dalam hal ini, saya merupakan pelajar istimewa iaitu pelajar pendidikan khas dan tidak seperti kanak-kanak lain yang normal . Saya tidak mampu bercakap dengan betul namun hanya boleh menulis dan membaca namun tidak dengan sebutan yang betul. Oleh itu, saya tertarik dengan galakan daripada tenaga pengajar di PI1M di mana beliau memberi sokongan kepada saya untuk mempelajari tentang ilmu ICT di samping cuba belajar membaca. Dengan itu, dengan mengikuti kelas-kelas ICT secara percuma yang dianjurkan oleh pihak PI1M setiap hari Rabu dan Khamis untuk dewasa dan Sabtu untuk kanak-kanak. Saya mengikuti setiap kursus yang diajar malah saya akan mengikuti kelas dewasa mahupun kanak-kanak sehinggalah kini saya mengetahui teknik menggunakan komputer , teknik menaip menggunakan Microsoft word dengan pantas, menggunakan internet

Setelah mengikuti kelas-kelas asas ICT di PI1M yang diadakan setiap 2 kali seminggu  untuk kelas dewasa dan sekali seminggu untuk kanak-kanak, kini hasilnya saya boleh menyebut perkataan dan boleh bercakap sedikit demi sedikit kerana setiap mula kelas ICT , tenaga pengajar PI1M akan meminta saya membaca beberapa ayat. Dan dalam beberapa bulan saya mengikuti kelas ICT tersebut saya telah mahir menaip, menggunakan youtube, mencipta akaun email mahupun facebook. Malah saya juga boleh membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak yang lain cara untuk mencipta akaun email dan akaun facebook, hal ini adalah hasil galakan oleh tenaga pengajar PI1M Kuala Mengalong agar rajin untuk belajar dan mahir  tentang ICT walaupun tidak seperti kanak-kanak normal yang lain . Dan terbaru saya juga mahir dalam memuat naik rakaman video saya ke youtube hasil daripada tunjuk ajar yang diberikan dalam kelas ICT yang saya ikuti pada setiap minggu.

Tanggapan awal terhadap penubuhan PI1M di Kuala Mengalong ini sememangnya adalah untuk memberikan kemajuan terhadap penduduk sekitar Kuala Mengalong amnya. Oleh itu, saya juga mempunyai keinginan untuk turut terlibat dalam menggunakan kemudahan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Hal ini kerana, menurut pengurus PI1M Kuala Mengalong, kampung tersebut amat bertuah kerana kampung tersebut menjadi lokasi penubuhan PI1M yang mempunyai objektif utama dalam  memberi pendedahan kepada masyarakat luar Bandar terhadap teknologi komputer dan internet.Oleh hal yang demikian, saya turut tertarik untuk merebut peluang dan kemudahan yang disediakan tersebut. Malah saya juga berpendapat bahawa kemudahan moden tersebut amat berguna dan pasti akan memberi peluang yang baik khususnya terhadap golongan seperti saya ini.

Setelah saya mendaftar menjadi ahli PI1M saya selalu datang untuk melihat kanak-kanak lain sedang khusyuk melayari internet dan saya turut berkeinginan untuk turut mempelajari bagaimana cara menggunakan internet . Oleh itu, saya turut mengambil peluang untuk mengikuti kelas ICT yang diadakan di PI1M hasil daripada galakan daripada tenaga kerja Pi1m.

Akhir sekali, saya berharap agar pihak yang berkenaan akan mengadakan pelbagai aktiviti yang memfokuskan kepada golongan yang kurang upaya kerana mereka juga ingin dan mahu mempelajari dunia ICT malah tidak ingin ketinggalan seperti kanak-kanak normal yang lain.

Secara ringkasnya, adik Mohd Karulazuan atau lebih dikenali dengan gelaran syafiq oleh masyarakat di kampung beliau merupakan seorang kanak-kanak istimewa . Beliau mempunyai fizikal yang sempurna namun beliau mempunyai masalah mental dan beliau tidak boleh bercakap dan menyebut perkataan dengan betul. Namun demikian, kekurangan tersebut tidak menghalang beliau untuk turut sama mempelajari tentang ICT  hal ini atas minat dan galakan daripada pihak tenaga kerja PI1M terhadap beliau. Hasil kerajinan beliau untuk menghadiri kelas ICT yang diadakan oleh pihak PI1M pada setiap minggu, kini beliau sudah mampu dan mahir menggunakan kemudahan ICT di mana beliau sudah boleh menaip, menggunakan aplikasi internet, mencipta email mahupun akaun facebook di samping boleh memuatnaik video rakaman beliau sendiri ke laman youtube. Malah adik Karulazuan turut boleh membantu tenaga pengajar untuk memberi tunjuk ajar khas kepada kanak-kanak normal yang lain untuk mencipta akaun email mahupun facebook. Akhir sekali, adik Karulazuan walaupun mempunyai kecacatan mental namun beliau mempunyai minat dan semangat untuk belajar dan beliau juga mudah untuk mempelajari dan menangkap setiap tunjuk ajar yang diberikan oleh PI1M malah kini beliau sudah boleh menyebut sedikit perkataan dengan betul kerana setiap kali kelas ICT dimulakan beliau akan diminta untuk membaca beberapa potong ayat sebagai latihan sebutan dan pertuturan beliau sebelum belajar kelas ICT.

kekreatifan adik Karulazuan dalam mengedit gambar seterusnya akan dijadikan video dan dimuatnaik ke laman facebook mahupun youtube.